Mangsa Kedua Insiden SMK Tanjong Mas Akan Jalani Pembedahan Tampalan Cuping Telinga

Mangsa kedua insiden dirempuh kereta yang dipercayai dipandu seorang guru di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota Bharu pada 12 April lalu dijangka menjalani satu lagi pembedahan pada Isnin ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata, prosedur itu membabitkan tampalan kulit atau grafting pada bahagian cuping telinga pelajar Tingkatan Satu, Zara Aftar Zamzuri, 13.

Menurut beliau, prosedur berkenaan akan dilakukan oleh pakar bedah plastik selepas keadaan luka mangsa menunjukkan perkembangan positif.

Katanya, sebelum ini pelajar terbabit telah menjalani pembedahan patah tulang kaki serta rawatan luka pada muka dan telinga minggu lalu.

“Alhamdulillah, pembedahan terdahulu berjalan dengan baik dan beliau kini telah dipindahkan ke Wad 10 iaitu wad kelas pertama di HRPZ II.

“Untuk minggu ini, perancangan seterusnya ialah melakukan prosedur grafting atau tampalan pada bahagian cuping telinga yang tercedera,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Sabtu.

Menurut Dr Mohd Azman, kecederaan pada telinga mangsa agak serius kerana bahagian tersebut koyak serta dipenuhi kotoran jalan raya dan tar di lokasi kejadian.

Katanya, pembedahan pertama sebelum ini melibatkan proses pembersihan menyeluruh bagi membuang kotoran serta tisu rosak sebelum rawatan lanjut dapat dilakukan.

Tambah beliau, selepas luka bersih dan pertumbuhan tisu baharu menunjukkan perkembangan baik, barulah prosedur tampalan boleh dibuat.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak hospital turut memberi perhatian terhadap aspek emosi Zara susulan trauma yang dialaminya.

Pasukan perubatan telah memulakan Psychological First Aid (PFA) atau Bantuan Awal Psikologi kepada mangsa dan ahli keluarganya secara berperingkat.

Pakar psikiatri kanak-kanak juga terlibat bagi memastikan emosi mangsa kembali stabil selepas kejadian yang berlaku secara tiba-tiba.

Zara dijangka masih perlu berada di hospital untuk tempoh agak lama bagi memastikan semua luka sembuh sepenuhnya serta mengelakkan risiko jangkitan kuman terutama pada bahagian muka dan telinga.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Bangsal Tersembunyi Dalam Semak Di Pasir Mas Rupa-Rupanya Stor Dadah
|
Seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas Pasukan Gerakan Am…
55 Pelajar Tahfiz Bachok Tawan Tiga Puncak Gunung Stong Sambil Khatam Al-Quran
|
Seramai 55 pelajar Maahaad Tahfiz Sains Al-Muhammadi (MTSM) Nipah…
Mufti Kelantan Tegur Wanita Promosi Pakaian Dalam Dengan Memakai Sendiri
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegur tindakan segelintir…
Pasangan Kekasih Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM9.7 Juta Di Butterworth
|
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!