PGA Tahan 2 Lelaki Di Pasir Mas, Rampas 5kg Bunga Ganja Bernilai RM400,000

Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing serta merampas kira-kira lima kilogram bunga ganja bernilai RM400,000 dalam satu operasi di Serongga, Pasir Mas hari ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, sepasukan anggota Sekat Pintas Serongga menahan sebuah kenderaan dipandu seorang lelaki yang membawa seorang penumpang warga Sri Lanka kira-kira jam 10.30 pagi.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan awal mendapati pas lawatan sosial milik warga Sri Lanka itu telah tamat tempoh.

“Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Komtek Taman Bakti dengan bantuan pasukan Strike Force Kompeni A, Batalion 9 PGA untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata, pemeriksaan menyeluruh di bahagian belakang kenderaan menemui sebuah beg hitam mengandungi lima ketulan mampat yang disyaki bunga ganja.

Katanya, siasatan awal mendapati setiap kilogram bahan itu boleh mencecah nilai sehingga RM80,000.

“Kedua-dua suspek berusia antara 20-an hingga 50-an kini ditahan untuk siasatan lanjut manakala rampasan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!