PGA Briged Tenggara rampas 338 tan beras Siam bernilai RM1.36 juta sejak Januari

KOTA BHARU – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya merampas 338.3 tan beras Siam bernilai kira-kira RM1.36 juta dalam 108 kes penyeludupan yang dikesan sepanjang sempadan Malaysia-Thailand sejak 1 Januari lalu.

Komandernya, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata daripada jumlah itu, 329.9 tan adalah beras putih bernilai RM1.3 juta manakala selebihnya beras pulut bernilai RM59,600.

“Sebanyak 44 individu terdiri daripada 41 lelaki dan tiga wanita ditahan kerana terbabit dalam cubaan menyeludup beras dari negara jiran.

“Kesemua kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya kepada Bernama, pada ahad.

Beliau berkata PGA kekal komited mempergiatkan operasi di sempadan bagi membanteras penyeludupan beras yang boleh menjejaskan pasaran tempatan serta kesejahteraan rakyat.

Katanya, risikan dan rondaan bersepadu bersama agensi penguat kuasa lain akan diteruskan bagi memastikan sempadan negara sentiasa terkawal daripada kegiatan penyeludupan.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!