Rakyat Kelantan Boleh Terbang Terus Ke China Dan Korea Selatan

Rakyat Kelantan bakal menikmati kemudahan penerbangan jarak jauh apabila projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, projek penambahan landasan bagi melengkapkan kepanjangan 1,800 meter itu sudah bermula dan akan membolehkan lapangan terbang berkenaan mengendalikan penerbangan jarak jauh melebihi enam jam termasuk ke China serta Korea.

Menurut beliau, ketika ini landasan sedia ada sudah mampu menampung penerbangan antarabangsa lebih dua jam seperti ke Singapura, Bangkok dan Jakarta tanpa sebarang masalah.

“Bagi penerbangan antarabangsa melebihi enam jam, pesawat memerlukan penggunaan minyak lebih banyak dan memerlukan landasan lebih panjang untuk berlepas serta membawa muatan lebih besar.

“Pemanjangan landasan ini akan menarik lebih banyak penerbangan antarabangsa sekali gus meningkatkan potensi LTSIP sebagai hab penerbangan ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia,” katanya ketika sidang akhbar pada Sabtu.

Sebelum itu, beliau hadir pada Majlis Perasmian Terminal Baharu LTSIP Pengkalan Chepa yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anthony Loke berkata, perasmian itu menandakan projek naik taraf LTSIP bernilai RM440 juta telah siap sepenuhnya dan lapangan terbang tersebut kini bersedia memainkan peranan lebih besar.

Beliau menjelaskan, walaupun LTSIP merupakan lapangan terbang domestik, ia kini dilengkapi kemudahan imigresen dan kastam yang membolehkannya mengendalikan penerbangan antarabangsa.

Katanya, pihak kerajaan juga merancang membuka laluan baharu selain Singapura, Jakarta dan Bangkok dalam masa terdekat kerana Kota Bharu mempunyai potensi besar sebagai pintu masuk ke Pantai Timur.

Dalam masa sama, kerajaan sedang berusaha menarik lebih banyak syarikat penerbangan menjadikan LTSIP sebagai hab serantau termasuk syarikat tempatan seperti Malaysia Airlines, Batik Air dan AirAsia.

Beliau turut memaklumkan lokasi strategik Kota Bharu memberi kelebihan untuk menarik penumpang dari negara jiran terutama Thailand, yang berpotensi menggunakan LTSIP sebagai transit ke Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta dan destinasi lain.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Cucu Tok Guru Nik Aziz, Senator Azhar Pilih Berdamai Tamatkan Kontroversi
|
Kontroversi melibatkan cucu bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik…
MB Kelantan Salur Bantuan Awal Kepada Mangsa Kebakaran Gok Kapor
|
Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan bantuan awal kepada mangsa kebakaran…
Remaja 15 Tahun Cuci Kereta Demi Keluarga, MAIK Tampil Hulur Bantuan Buat Shamir
|
Seorang remaja berusia 15 tahun yang sebelum ini terpaksa…
Tragedi Tohoi: Hilang Dalam Hutan 47 Hari, Dua Murid Sekolah Berusia 10 Dan 11 Tahun Ditemui Selamat
|
Hampir 11 tahun berlalu, namun tragedi kehilangan tujuh murid…
Ibu Angkat Ditahan Kurung Kanak-Kanak 9 Tahun Dalam Stor Belakang Rumah
|
Nasib malang seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang…
Jangan Hukum Semua Pelarian Rohingya Kerana Kesalahan Segelintir Individu – ABIM
|
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan bahawa pendirian mereka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!