Saya tidak akan tarik balik kenyataan – Ketua Polis Kelantan

KOTA BHARU – Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menegaskan bahawa cadangannya agar undang-undang sedia ada diteliti semula berhubung kes hubungan seksual bawah umur atas dasar suka sama suka adalah pandangan peribadi, dan beliau tidak berhasrat menarik balik kenyataan tersebut.

Menurutnya, cadangan itu dibuat hasil pemerhatian terhadap trend kes rogol bawah umur di Kelantan yang kebanyakannya berlaku tanpa unsur paksaan. Namun begitu, katanya, sama ada perkara tersebut mahu dipertimbangkan atau tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.

“Kenapa perlu tarik balik kenyataan itu? Apa yang saya utarakan hanyalah pandangan saya. Terpulang kepada kerajaan mahu memberi perhatian atau tidak. Malah, Menteri Dalam Negeri juga telah menjelaskan ia adalah pandangan saya semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke-56 di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada Isnin.

Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa beliau menarik semula cadangan tersebut serta memohon maaf kerana didakwa tidak sensitif terhadap isu wanita dan kanak-kanak perempuan.

Polis Kelantan sebelum ini turut mendedahkan statistik bahawa hampir 90 peratus kes rogol bawah umur di negeri itu berlaku atas dasar suka sama suka, bukan paksaan. Sehubungan itu, undang-undang berkaitan wajar diperhalusi agar masyarakat lebih memahami implikasi kesalahan tersebut.

#KelantanDaily
Sumber: Utusan, Sinar Harian

BACA JUGA: Lim Guan Eng gesa Ketua Polis Kelantan tarik balik cadangan dan memohon maaf
BACA JUGA: Hukuman Kedua-dua pihak dalam kes rogol suka sama suka wajar – Mufti Pulau Pinang

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!