Hukuman Kedua-dua pihak dalam kes rogol suka sama suka wajar – Mufti Pulau Pinang

SHAH ALAM – Cadangan agar gadis bawah umur yang terlibat dalam kes rogol atas dasar suka sama suka turut dikenakan hukuman dianggap wajar serta selari dengan prinsip Islam yang menegakkan keadilan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman, berkata tidak adil jika hanya lelaki dihukum manakala perempuan dilepaskan, sedangkan kedua-duanya bersetuju melakukan perbuatan terlarang itu.

Menurutnya, Islam memandang zina sebagai dosa besar dan larangan terhadapnya juga bersifat menyeluruh, termasuk semua jalan yang boleh membawa kepada perbuatan tersebut.

“Apabila hubungan seks berlaku atas dasar suka sama suka, kedua-dua pihak sama ada lelaki mahupun perempuan sama-sama dianggap melakukan kesalahan.

Islam tidak memberi pengecualian kepada mana-mana jantina dalam kes kesalahan yang dilakukan sebaliknya hukuman yang adil dan setimpal perlu dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Sukki menjelaskan, dalam syariat Islam, hukuman zina adalah jelas iaitu sebatan 100 kali bagi penzina yang belum berkahwin dan rejam sehingga mati bagi yang sudah berkahwin, namun ia tertakluk kepada syarat pembuktian yang sangat ketat.

Beliau mengulas cadangan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, supaya perempuan yang terbabit dalam hubungan seks suka sama suka dengan lelaki turut dikenakan tindakan undang-undang.

Sebelum ini, Mohd Yusoff mendedahkan hampir 90 peratus kes rogol bawah umur di Kelantan berlaku atas kerelaan kedua-dua pihak, bukannya paksaan.

Mengulas lanjut, Mohd Sukki berkata tidak wajar remaja lelaki bawah umur yang terlibat dengan kesalahan suka sama suka bersama rakan sebaya dikenakan hukuman setara dengan pesalah rogol dewasa.

“Mereka tetap perlu dikenakan tindakan tetapi hukuman berbentuk pemulihan, pendidikan, kaunseling dan pengawasan lebih sesuai. Pendekatan ini seimbang antara tanggungjawab moral dengan peluang membentuk masa depan yang lebih baik,” ujarnya.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Lim Guan Eng gesa Ketua Polis Kelantan tarik balik cadangan dan memohon maaf
BACA JUGA: Isu rogol statutori: Mufti Wilayah sokong saranan Ketua Polis Kelantan hukum kedua pihak
BACA JUGA: Polis Kelantan cadang remaja perempuan juga dikenakan tindakan kes seks suka sama suka

No posts found!

TERKINI

[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!