Lim Guan Eng gesa Ketua Polis Kelantan tarik balik cadangan dan memohon maaf

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menarik balik cadangannya agar gadis yang terlibat dalam kes rogol statutori turut dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut Lim, Mohd. Yusoff juga wajar memohon maaf kerana cadangan itu bukan sahaja tidak sensitif terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan, malah bercanggah dengan prinsip perlindungan mangsa yang menjadi asas undang-undang rogol statutori.

Cadangan sebegini bukan sahaja tersasar, malah menunjukkan tiadanya simpati, empati dan belas kasihan terhadap kanak-kanak perempuan bawah umur yang menjadi mangsa. Ada sebab umur keizinan ditetapkan pada 16 tahun dan kenapa undang-undang menganggap hubungan suka sama suka dengan individu bawah umur sebagai jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lim berkata, lebih baik pihak polis menumpukan usaha kepada usaha membendung peningkatan kes rogol dan rogol statutori di Kelantan, berbanding mengemukakan cadangan yang mengundang perbalahan.

Cadangan Mohd Yusoff sebelum ini mendapat perhatian apabila beliau memaklumkan bahawa hampir 90 peratus kes rogol bawah umur di Kelantan berlaku secara suka sama suka berdasarkan siasatan.

Kenyataan itu turut menerima bantahan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah, yang menyifatkan ia bercanggah dengan semangat undang-undang jenayah seksual di Malaysia, selain mencerminkan salah faham serius terhadap prinsip perlindungan kanak-kanak.

Sementara itu, pengasas bersama Lawyers for Liberty, Latheefa Koya, menyifatkan cadangan berkenaan sebagai tidak masuk akal kerana logik undang-undang rogol statutori adalah untuk melindungi gadis bawah umur yang dianggap tidak berkeupayaan memberi persetujuan.

Pendirian polis ini boleh menyebabkan ramai ibu bapa atau guru enggan melaporkan kes kerana bimbang mangsa turut dikaitkan dengan jenayah.” katanya.

Beliau menggesa kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menyatakan pendirian berhubung isu tersebut.

Tahun lalu, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan, berkata peningkatan kes rogol statutori banyak berpunca daripada kegiatan grooming atau pengantunan seksual yang berleluasa di media sosial.

#KelantanDaily
Sumber: Utusan, Malaysia Gazette, Malaysia Kini

BACA JUGA: Isu rogol statutori: Mufti Wilayah sokong saranan Ketua Polis Kelantan hukum kedua pihak
BACA JUGA: Polis Kelantan cadang remaja perempuan juga dikenakan tindakan kes seks suka sama suka


No posts found!

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!