Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu

Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap kes seorang lelaki yang dipukul beramai-ramai di Kampung Kutan, Wakaf Bharu, Tumpat pada 31 Mac lalu.

Namun, Polis Daerah Tumpat menegaskan dakwaan itu adalah tidak benar.

Ketua Polis Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya telah mengambil tindakan sewajarnya apabila seramai 11 individu berumur antara 18 hingga 67 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, kesemua individu itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan selesai dijalankan.

“Pertuduhan ke atas suspek seorang lelaki berumur 36 tahun di bawah Seksyen 334 Kanun Keseksaan (KK) akan dibuat pada 19 April ini di Mahkamah Tumpat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Punca Kes Pergaduhan Keluarga

Mohd Khairi turut memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham keluarga yang membawa kepada pergaduhan melibatkan kedua-dua pihak.

Katanya, insiden itu turut menyebabkan masing-masing mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan siasatan telah dijalankan secara telus, profesional dan menyeluruh bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

Orang Ramai Diminta Tidak Sebar Maklumat Tidak Sahih

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih atau tidak disahkan oleh pihak berkuasa.

“Penyebaran maklumat tidak tepat boleh menimbulkan kekeliruan serta menggugat ketenteraman awam di kawasan setempat,” katanya.

Terdahulu, tular hantaran seorang individu mengenai kejadian yang menimpa seorang lelaki berusia 33 tahun yang didakwa dipukul beramai-ramai ketika ingin menjemput isterinya di rumah mentuanya di Kampung Kutan, Wakaf Bharu.

Mangsa dilaporkan membuat laporan polis pada 1 April lalu dan mendakwa pihak polis tidak mengambil tindakan, malah mengugut supaya menarik balik laporan.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!