Abang Ipar Upah RM15 Satu “Trip” Seludup Petrol Ke Thailand

Taktik licik penyeludup yang membuat pembelian petrol secara berulang terbongkar selepas seorang lelaki ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pos Nibong, Tumpat, pagi semalam.

Suspek berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.50 pagi dan merupakan tangkapan pertama selepas PGA ditugaskan mengawal sembilan stesen minyak di kawasan sempadan negeri ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, tangkapan dibuat oleh Batalion 9 ketika pemantauan dilakukan di sebuah stesen minyak.

Menurutnya, pihak PGA mengesan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero melakukan pembelian petrol secara berulang dalam tempoh satu jam.

Susulan itu, anggota mengekori kenderaan terbabit sebelum menahannya di sekat pintas Pos Nibong.

“Hasil pemeriksaan mendapati diesel dalam kenderaan berkenaan masih penuh dan suspek mengaku melakukan pembelian secara berulang di stesen minyak berkenaan,” katanya.

Suspek turut mengaku bekalan diesel hasil pengisian pertama sudah dihantar ke pangkalan haram Pok Su Roni dengan diisi dalam tong jerikin sebelum dibawa ke Thailand menggunakan perahu.

Menurut Ahmad Radzi, suspek mengaku terbabit dalam aktiviti penyeludupan sejak tahun lalu selepas ditawarkan kerja oleh abang iparnya dengan upah sekitar RM13 hingga RM15 bagi setiap trip.

Suspek juga dipercayai melakukan penyeludupan sehingga tiga kali sehari bergantung kepada permintaan, selain menggunakan aplikasi Zalo untuk komunikasi.

Dalam tangkapan itu, PGA turut merampas 90 liter petrol serta kenderaan yang digunakan, dengan nilai rampasan keseluruhan melebihi RM30,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!