Dua Remaja Perempuan Mengaku Jadi Pengintip Tekong Darat Seludup PATI

Dua remaja perempuan dipercayai berperanan sebagai pengintip kepada tekong darat bagi kegiatan menyeludup sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dalam serbuan di Bandar Baru Pasir Pekan, awal pagi semalam.

Kedua-dua remaja berusia 17 dan 18 tahun itu ditahan pada jam 5.05 pagi ketika sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, penahanan itu dibuat susulan anggota PGA menahan seorang tekong darat yang membawa sembilan PATI di kawasan berkenaan.

Menurutnya, sebelum remaja perempuan itu ditahan, pihaknya menahan seorang tekong darat berusia 24 tahun selepas menahan kereta jenis Iswara Aeroback yang membawa sembilan PATI sekitar jam 5 pagi.

“Seorang daripada remaja yang ditahan mengaku dia berperanan sebagai pengintip bagi membantu urusan penghantaran PATI dengan menerima bayaran sebanyak RM150 daripada tekong darat.

“Seorang lagi remaja itu pula memaklumkan bahawa dia menemani rakannya ketika mengintip. Pemeriksaan terhadap telefon bimbit salah seorang remaja itu mendapati ada komunikasi antara remaja terbabit dengan tekong darat itu,” katanya.

Ahmad Radzi berkata, hasil risikan mendapati kenderaan itu membawa enam warga Bangladesh yang mempunyai pasport tetapi tidak mempunyai pas lawatan untuk memasuki Malaysia, manakala tiga lagi PATI warga Myanmar tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.

Katanya, siasatan awal mendapati kesemua PATI berkenaan disyaki masuk ke negara ini secara haram melalui sempadan Thailand.

Malah, tekong darat itu mengaku akan menghantar PATI terbabit dari Kampung Laut ke Wakaf Bharu sebelum mereka diambil oleh individu lain yang tidak dikenali.

Suspek turut mendedahkan urusan itu diatur oleh individu bernama ‘Jef’ yang tinggal di Thailand dan menerima upah sebanyak RM100 bagi setiap seorang PATI yang dibawa.

Dalam pada itu, ujian air kencing terhadap tekong darat berkenaan didapati positif dadah jenis methamphetamine.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!