Petinju Wanita Kelantan Juara Acara Flyweight 48kg–52kg

Petinju wanita Kelantan, Nur Ainul Madhihah mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih pingat emas dalam acara Flyweight Wanita 48kg hingga 52kg.

Kejayaan itu sekali gus menyumbangkan pingat emas ke-10 buat kontinjen Kelantan dalam temasya SUKMA Selangor 2026.

Aksi berkenaan berlangsung di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada Sabtu.

Nur Ainul Madhihah berjaya mengungguli acara tersebut, manakala pingat perak menjadi milik wakil Perak, Nur Aleeya Damia.

Dua pingat gangsa pula diraih Nur Arissya Nabila dari Pahang dan Nurshahl Yenna yang mewakili Johor.

Pencapaian Nur Ainul Madhihah menambah koleksi pingat emas Kelantan serta menjadi satu lagi kejayaan membanggakan buat sukan tinju negeri.

Tahniah dan syabas buat Nur Ainul Madhihah!

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!