Ops Tiris 4.0 Kelantan Rekod 104 Kes, Rampasan Hampir RM2 Juta

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merekodkan 104 kes dengan nilai rampasan hampir RM2 juta sepanjang pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) yang bermula sejak 16 Mac lalu.

Pengarah KPDN Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, diesel merupakan barang kawalan yang paling banyak disita dengan jumlah rampasan sebanyak 17,308.40 liter melibatkan 26 kes.

Menurutnya, petrol pula merekodkan 53 kes dengan jumlah rampasan sebanyak 15,127.50 liter.

Angka Rampasan Menurun

Hanif berkata, jumlah kes dan nilai rampasan menunjukkan penurunan berbanding sebelum ini hasil penguatkuasaan aktif yang dijalankan pihaknya bersama agensi penguat kuasa lain.

“Dari segi kes dan rampasan, angkanya agak menurun memandangkan penguatkuasaan kami yang aktif selain kerjasama erat dengan rakan strategik.

“Tidak dinafikan masih ada yang mencuba nasib sama ada menggunakan laluan haram atau Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), namun dengan pemeriksaan ketat kami bersama agensi penguatkuasaan lain, kegiatan itu dapat dikawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas meninjau operasi di sebuah stesen minyak di Pengkalan Kubor sempena Ops Tiris 4.0 Bersepadu pada Ahad.

Lelaki Ditahan Isi Petrol Berulang Kali

Dalam perkembangan sama, seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan ditahan selepas didapati membuat pengisian petrol berulang kali di sebuah stesen minyak di Kampung Terbak pada jam 7.52 pagi.

Pemeriksaan terhadap sebuah Proton Wira yang dipandunya menemukan sebanyak 120 liter petrol bernilai RM446.40.

Lebih mengejutkan, tangki kenderaan tersebut dipercayai telah diubah suai bagi membolehkan penyimpanan petrol dalam kuantiti lebih besar.

Menurut Hanif, suspek dan stesen minyak terbabit pernah dikenakan tindakan pada tahun lalu atas kesalahan sama iaitu menyeleweng barang kawalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan melakukan kesalahan.

Manakala stesen minyak berkenaan pula disiasat kerana didakwa melanggar arahan pengawal bekalan berkaitan jualan berulang di bawah Peraturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Tekong Darat Lari Tinggal 14 PATI Myanmar Selepas Diserbu APMM Di Tumpat
|
Tindakan seorang tekong darat meninggalkan 14 pendatang asing tanpa…
Peniaga Ayam Tipu Timbangan, KPDN Kelantan Terima 29 Aduan
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Ops Tiris 4.0 Kelantan Rekod 104 Kes, Rampasan Hampir RM2 Juta
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!