Anwar Dilapor Pertimbang Tangguh PRU hingga Hingga Akhir 2027

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan pilihan raya umum (PRU) sehingga separuh kedua 2027 susulan beberapa perkembangan politik yang memberi tekanan kepada gabungan kerajaan.

Pilihan raya lebih awal termasuk seawal Oktober pernah dipertimbangkan beberapa bulan lalu.

Namun, dua kekalahan dalam pilihan raya negeri serta risiko perpecahan dengan rakan utama gabungan kerajaan dikatakan menyebabkan rancangan itu dinilai semula.

Bloomberg pula melaporkan, berdasarkan individu yang mengetahui perbincangan strategi berkenaan, PRU mungkin ditangguhkan sehingga selepas pembentangan Belanjawan 2028, kemungkinan sekitar Oktober 2027.

Bagaimanapun, belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai tarikh PRU seterusnya. Laporan Bloomberg yang diterbitkan semula oleh The Edge

Sukan SEA antara pertimbangan

Malaysia dijangka menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara pada September 2027.

Penganjuran temasya sukan berkenaan dipercayai menjadi antara pertimbangan kerana ia dijangka dapat memberikan kesan positif terhadap sentimen rakyat.

Pada masa sama, penggal Parlimen semasa dilaporkan akan berakhir pada 18 Disember 2027, manakala pilihan raya perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari selepas itu.

Kerjasama UMNO-PAS jadi perhatian

Kemungkinan kerjasama antara UMNO dan PAS turut dilihat sebagai faktor penting dalam menentukan waktu PRU.

Kedua-dua parti berkenaan sebelum ini bekerjasama dalam dua pilihan raya negeri dan kini dilaporkan sedang meneroka kerjasama sekali lagi bagi menghadapi pilihan raya negeri Melaka.

Kerjasama di peringkat negeri itu meningkatkan kemungkinan kedua-dua parti Melayu-Islam terbesar tersebut menjalin kerjasama pada peringkat nasional.

Pakatan Harapan (PH) pula berdepan kemerosotan sokongan dalam beberapa pilihan raya negeri.

PKR dilaporkan hanya memenangi empat daripada 49 kerusi yang ditandinginya di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan sejak November lalu.

PH kehilangan Negeri Sembilan selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerjasama dalam pilihan raya negeri berkenaan.

Walaupun perkembangan itu menimbulkan spekulasi mengenai perubahan tarikh PRU, setakat ini tiada pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan.

Sumber: APHD, The Edge, The Business Times

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!