Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16

Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dijangka mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, langkah itu lebih efektif kerana dapat menjimatkan kos selain memudahkan pergerakan jentera parti dan urusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, beliau pernah berbincang mengenai perkara itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat bersetuju untuk membincangkan cadangan tersebut.

"Harapan saya adalah PRN (empat negeri) dan Parlimen diadakan sekali. Jadi kita tak perlu buat kerja banyak kali, (kalau berasingan) akan ambil masa. Banyak kos dapat dijimatkan dan memudahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kedah di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.

Pernah Adakan PRN Berasingan

Untuk rekod, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika PRU15 pada 2022, sebaliknya memilih mengadakan PRN secara berasingan pada Ogos 2023.

Perlis pula ketika itu membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri berlangsung serentak dengan PRU15.

PAS Perlu Terus Bergerak

Mengulas mengenai kemungkinan berlaku jajaran politik baharu menjelang PRU16, Muhammad Sanusi berkata semua parti politik perlu sentiasa bergerak mengikut keperluan dan kehendak semasa.

Menurutnya, PAS juga perlu menyesuaikan strategi politik semasa tanpa mengubah prinsip perjuangan parti.

"PAS juga kena bergerak selagi prinsip kita tidak berubah, perjuangan kita kekal. Tetapi strategi kena ada untuk memenangi hati pengundi," katanya.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Facebook Dan Messenger Alami Gangguan, Pengguna Di Seluruh Dunia Terjejas
|
Platform media sosial Facebook dan aplikasi Messenger dilaporkan mengalami…
Tunggakan Bil Rawatan Warga Asing Di Hospital KKM Cecah RM100 Juta
|
Tunggakan bil rawatan melibatkan warga asing di hospital dan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!