Intai Murid Perempuan Di Tandas Sekolah, Suami Kepada Guru Besar Ditahan

Suami kepada seorang guru besar ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes mengintai murid perempuan di tandas sebuah sekolah di Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, lelaki berusia 60 tahun itu direman selama tujuh hari bermula Ahad hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menurut sumber, lelaki berkenaan didakwa kerap dilihat berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran tandas perempuan sebelum tindakannya disedari beberapa murid.

“Kejadian itu menimbulkan rasa tidak selamat dalam kalangan murid dan ibu bapa yang bimbang terhadap keselamatan anak-anak,” kata sumber.

Kejadian Disedari Murid Di Kantin Sekolah

Sumber berkata, kejadian pertama dipercayai berlaku pada 7 April kira-kira jam 2.15 petang di kantin sekolah apabila beberapa murid perempuan memaklumkan terdengar jeritan dari tandas.

Mereka turut mendakwa ternampak dua murid perempuan Tahun Dua berada di dalam tandas sebelum melihat seorang lelaki keluar dari kawasan berkenaan.

Kerap Berlegar Di Kawasan Surau Sekolah

Selain itu, lelaki sama turut didakwa kerap berada di kawasan surau sekolah pada waktu petang ketika sesi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) berlangsung.

“Dia didakwa mengintai murid perempuan yang sedang mengambil wuduk,” menurut sumber.

Susulan kejadian itu, laporan polis dibuat sebelum siasatan lanjut dijalankan.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lebih 200 Individu Lombong Emas Secara Haram, Purata Dapat 10 Gram Sehari
|
Lebih 200 individu dipercayai terbabit dalam kegiatan perlombongan emas…
5 Beradik Yatim Piatu Dijaga Datuk Dan Nenek, Individu Tampil Perbetulkan Fakta
|
Aktivis kebajikan, Tengku Harith tampil membuat penjelasan berhubung kisah…
Kelantan Bakal Cipta Sejarah Malam Esok
|
Kelantan Red Warrior FC bakal mencipta sejarah malam esok…
Presiden PAS Dakwa Nik Zawawi Mungkin Terpengaruh Penulisan Sejarah
|
Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang…
Ustaz Mad Kecik Selamat Bernikah Dengan Pelajar Madrasah
|
Pendakwah terkenal, Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz…
Lima Beradik Yatim Piatu Di Pasir Puteh Ikat Perut, Makan Telur Rebus Sekali Sehari
|
Lima beradik di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh kini…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!