Buruh Didakwa Rogol Remaja 15 Tahun Selama Tiga Hari Berturut-Turut Di Bachok

Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas tiga pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun selama tiga hari berturut-turut di Bachok, minggu lalu.

Tertuduh, Nik Mohamad Azman Yaacob, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun lima bulan ketika kejadian.

Kesalahan tersebut didakwa berlaku di dalam sebuah bilik tidur di sebuah rumah di Bachok pada jam 2 pagi, masing-masing pada 30 Mei, 31 Mei dan 1 Jun 2026.

Bagi semua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Kamilah Che Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Taufikrullah Rusli.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon jaminan yang tinggi selain syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi sepanjang prosiding kes berlangsung.

Peguam bela pula memohon jaminan yang munasabah dengan alasan anak guamnya bekerja sebagai buruh dan mempunyai pendapatan yang tidak menentu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, mahkamah turut mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi serta perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!