Mengaku Perkosa Anak Tiri 6 Kali, Bapa Tiri Dihukum Penjara 30 Tahun Dan 18 Sebatan

Seorang bapa tiri dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas, pada Selasa, selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan merogol anak tirinya.

Tertuduh yang juga seorang peniaga berusia 53 tahun mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan anak tirinya yang berusia 13 tahun tujuh bulan.

Perbuatan itu didakwa berlaku di sebuah rumah di Kampung Kenerak, Tanah Merah antara jam 12 tengah malam hingga 4 pagi, dalam tempoh 31 Mac 2025 hingga 30 Mac 2026.

Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na'ilah Harizan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh merayu agar dibenarkan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang bagi memudahkan anak-anaknya yang tinggal di Klang, Selangor, melawatnya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat memandangkan kesalahan itu serius serta membabitkan mangsa yang juga anak tiri tertuduh.

Menurut pendakwaan, kejadian tersebut meninggalkan trauma kepada mangsa dan dipercayai berlaku sejak 2021, namun hanya enam kejadian sahaja yang diingati mangsa.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua serta enam sebatan, 10 tahun penjara bagi pertuduhan ketiga dan keempat serta enam sebatan, dan 10 tahun penjara bagi pertuduhan kelima dan keenam serta enam sebatan.

Jumlah keseluruhan hukuman ialah 30 tahun penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 6 April 2026, serta 18 sebatan.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran ATM Antara Bank Bermula 1 Julai
|
Pelanggan semua bank di Malaysia tidak lagi dikenakan caj…
Pelajar 17 Tahun Mengaku Ajak Ibu Kandung Buat Aksi Tak Senonoh Selepas Tonton Video Lucah
|
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah di…
Polis Kelantan Buru Dua Lelaki Disyaki Dalang Kes Culik Berkait Hutang
|
Polis Kelantan sedang mengesan dua lelaki dipercayai dalang utama…
Suami Isteri Warga Emas Maut, Motosikal Bertembung Kereta Di Pasir Puteh
|
Perjalanan sepasang suami isteri warga emas berakhir tragedi apabila…
Lebih 13,000 Etnik Rohingya Dikenal Pasti Berada Di Kelantan
|
Polis Kelantan mengesahkan terdapat dalam kalangan etnik Rohingya yang…
Polis Kelantan Dedah Hampir Setiap Hari Etnik Rohingya Cuba Masuk Malaysia
|
Polis Kelantan mendedahkan etnik Rohingya dan warga Myanmar dikesan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!