Amir Raja Lawak Tak Malu Jual Besi Buruk, Tegur Sikap Suka Minta Bantuan Tanpa Berusaha

Pelawak Amir Raja Lawak menegur sikap segelintir individu yang gemar meminta bantuan atau sumbangan tanpa berusaha mencari rezeki terlebih dahulu.

Menerusi hantaran di media sosial, Amir berpendapat mereka sepatutnya mencuba melakukan kerja yang mampu mendatangkan pendapatan walaupun hasilnya kecil.

Amir turut berkongsi pengalaman dirinya yang tidak malu mencari pendapatan sampingan dengan menjual barangan terpakai di pusat besi buruk.

“Cari duit tepi, jual barang dekat besi buruk, alhamdulillah dapat rm18.

amir raja lawak


“Yang duk inbox mintak sumbangan nak beli susu anak, laki tak boleh pergi kerja sebab motor rosak tu tak cuba ke kutip tin, kutip kotak, cari besi untuk jual?

“Jalan kaki pun boleh, bawak kereta sorong ke. Tak kan lah malu cari rezeki cara macam ni, tapi tak segan inbox orang lain mintak sumbangan nak beli susu anak sebab laki tak boleh pergi kerja motor rosak,” katanya.

Bagaimanapun, Amir mengakui setiap individu mempunyai ujian dan kesusahan yang berbeza, namun beliau menegaskan usaha tetap perlu dilakukan selagi masih mempunyai kudrat.

“Ya betul struggle kita tak sama, tapi selagi ada daya, tak salah kan usaha?

“Saya yang orang kenal ni pun niaga air jagung tepi jalan juga,” luahnya.

SHARE:

TERKINI

Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh Diarah Bela Diri 46 Pertuduhan Rasuah
|
Mahkamah Sesyen Kuantan pada Isnin memerintahkan bekas Ketua Polis…
3 Pekerja Dikurung Hampir Tiga Minggu, Kaki Dirantai Selepas Disyaki Curi Barangan Syarikat
|
Tiga pekerja sebuah syarikat percetakan didakwa dikurung selama hampir…
Wanita Kelantan Pilih Lelaki Asing Sebagai Suami, Beri Elaun, Peluang Berniaga
|
Semakin ramai wanita di Kelantan, khususnya golongan janda dan…
Remaja 18 Tahun Ditahan Bersama Sejumlah Haiwan Dilindungi Di Tumpat
|
Seorang remaja berusia 18 tahun ditahan selepas dipercayai memelihara…
Hafizah 30 Juzuk, Bekas Pelajar Pondok Cemerlang STPM
|
Seorang pelajar pondok dan hafizah 30 juzuk al-Quran membuktikan…
[VIDEO] Saintis Amerika Kongsi Khasiat Durian, Puji Durian Malaysia Antara Yang Terbaik
|
Seorang ahli kimia organik dari Amerika Syarikat, Dan Gubler,…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!