Pelajar Meninggal Dunia Di Asrama Sekolah Di Gua Musang, Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah

Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah menengah di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Paloh, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.53 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa pihak sekolah ke Klinik Kesihatan Chiku 3 bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pegawai perubatan di klinik tersebut mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) sebelum bedah siasat dijalankan pada jam 3.30 petang bagi mengenal pasti punca kematian.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kematian adalah akibat pendarahan spontan di bahagian kepala dan keadaan paru-paru berair. Pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah terlibat dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Choon Foo berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu sensitiviti keluarga mangsa.

JPN Kelantan Rakaman Takziah

Dalam perkembangan sama, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan turut merakamkan ucapan takziah atas pemergian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh.

Pengarahnya, Siti Norina Muhamad berkata pihaknya melahirkan rasa dukacita atas kematian pelajar tersebut, Muhammad Amir Asyraf Ahmad Sabri, 13.

Menurutnya, JPN Kelantan kini sedang menguruskan bantuan terbaik kepada keluarga mangsa bagi memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan mereka terpelihara.

“Semoga roh Allahyarham anakanda ini dicucuri rahmat dan seluruh keluarga dikurniakan ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” katanya.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Dua Wanita Direman, Disyaki Kurung Rakan, Seksa, Samun Dan Dipaksa Berbogel Di Johor
|
Dua wanita termasuk seorang suri rumah direman enam hari…
Pengasuh Didakwa Bunuh Bayi Tujuh Bulan Di Sebuah Taska
|
Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari…
Wakil Rakyat Tular Bermain ‘Game’ Dan Merokok Ketika Mesyuarat Berkaitan Kesihatan
|
Nama Ahmad Syahri Assidiqi kini menjadi perhatian warga Indonesia…
Amir Raja Lawak Tak Malu Jual Besi Buruk, Tegur Sikap Suka Minta Bantuan Tanpa Berusaha
|
Pelawak Amir Raja Lawak menegur sikap segelintir individu yang…
[VIDEO] Ibu Ayah Tertuduh Tengok Anak Basuh Kereta Dari Tengah Malam Sampai Ke Pagi
|
Tragedi kematian seorang mahasiswi yang ditemukan tidak bernyawa di…
Harga Makanan Dijangka Naik Separuh Kedua Tahun Ini – Mohamad Sabu
|
Kerajaan menjangkakan harga makanan akan meningkat pada separuh kedua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!