Pelajar Tingkatan Dua Maut Dipanah Petir Ketika Memancing Di Pasir Mas

Seorang pelajar Tingkatan Dua, Muhammad Ziad Zikri Abdul Hadi, maut selepas dipercayai dipanah petir ketika memancing di kawasan sawah padi di Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas, kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Lebih menyayat hati, sepupunya, Haziq Qayyum Rosli, 12, mendakwa melihat tubuh Ziad seperti berasap sejurus kejadian berlaku.

“Ketika petir menyambar, kami berempat terjatuh ke belakang dan pada ketika itu, saya nampak badan Ziad berasap,” katanya.

Haziq yang turut mengalami kecederaan di bahagian belakang bahu kanannya berkata, mereka sebenarnya sedang berjalan menuju ke motosikal untuk pulang selepas hujan turun secara tiba-tiba.

Ziad Minta Teruskan Memancing

Menurut Haziq, mereka tiba di kawasan sawah itu kira-kira jam 4 petang untuk memancing bersama-sama.

Bagaimanapun, keadaan cuaca berubah apabila hujan mula turun dengan lebat. Haziq kemudian mengajak Ziad dan seorang lagi rakan untuk pulang kerana bimbang hujan semakin lebat.

Ketika itu, katanya, belum ada petir.

Namun, Ziad meminta mereka bersabar kerana baru sahaja tiba di lokasi dan dia sudah berjaya memperoleh dua ekor ikan.

“Namun, Ziad meminta kami bersabar kerana kami baru sahaja tiba dan dia sudah mendapat dua ekor ikan, jadi dia masih mahu meneruskan aktiviti memancing.

“Pada ketika itu (ketika petir menyambar), saya nampak badan Ziad berasap dan kami berlari pulang untuk memaklumkan kepada bapa Ziad,” katanya ketika ditemui.

Haziq berkata, pada awalnya dia menyangka Ziad hanya pengsan. Namun, selepas orang lain tiba di lokasi, mereka dimaklumkan bahawa sepupunya itu telah meninggal dunia.

Empat Sahabat Selalu Memancing Bersama

Menurut Haziq, mereka berempat memang gemar memancing di kawasan berkenaan dan tidak pernah menyangka aktiviti yang sering dilakukan bersama itu berakhir dengan tragedi.

“Kami berempat suka memancing di tempat itu dan tidak pernah menyangka perkara ini akan berlaku.

“Saya sangat sedih kerana kami berempat sangat rapat,” katanya.

Haziq turut mengalami kecederaan di bahagian belakang bahu kanannya dalam kejadian itu.

Bapa Bergegas Ke Sawah, Anak Sudah Meninggal Dunia

Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Hadi Abdul Ghani, 60, berkata dia segera bergegas ke kawasan sawah selepas dimaklumkan anak bongsunya terkena panahan petir.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, dia mendapati anaknya sudah tidak bernyawa sebelum memangku tubuh mangsa.

Menurut Hadi, dia sedang tidur di rumah ketika Ziad keluar memancing bersama seorang rakan dan sepupunya.

Ziad merupakan pelajar di SMK Sri Kiambang, Pasir Mas.

Sumber: NST

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!