Ferrari Terbabas Dan Terbakar, Pasangan Kekasih Warga Singapura Rentung

Sepasang kekasih warga Singapura rentung selepas kereta jenis Ferrari yang dinaiki terbabas sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 57.5 Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang awam kira-kira jam 9 pagi.

Menurut beliau, kemalangan itu melibatkan sebuah Ferrari yang dipandu lelaki berusia 34 tahun bersama penumpang wanita berusia 33 tahun di tempat duduk hadapan.

Dalam Perjalanan Dari Johor Bahru Ke Mersing

Katanya, pasangan itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Mersing sebelum kenderaan terbabit hilang kawalan.

“Kereta berkenaan kemudian terbabas lalu kemalangan dan mengakibatkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan, terbakar serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Mayat Dihantar Ke Hospital Kota Tinggi

Beliau berkata, kedua-dua mayat mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000.

Selain itu, tertuduh juga boleh hilang kelayakan lesen memandu selama tempoh lima tahun.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!