Gadis Ditikam 61 Kali Keluar Makan Dengan 2 Suspek, Muat Naik Status WhatsApp Jam 11 Malam

Kes pembunuhan penuntut kolej wanita yang ditemukan mati dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh, dipercayai berlaku di dalam sebuah kereta sebelum mayat mangsa diletakkan di atas jalan.

Difahamkan, mangsa berusia 19 tahun berasal dari Perak sempat keluar makan bersama dua suspek yang kini ditahan secara berasingan, kelmarin.

Menurut sumber, mangsa yang tinggal di sebuah kondominium dikatakan keluar pada sebelah siang bersama seorang suspek menaiki kereta Honda City sebelum dihantar pulang ke kediamannya.

Pada sebelah malam pula, mangsa dipercayai keluar makan bersama suspek kedua yang dikatakan suspek utama dan merupakan penuntut sebuah Kolej Vokasional, dengan menaiki kereta Perodua Bezza.

“Mereka dikatakan makan di sebuah kedai di Wakaf Bharu, Tumpat dan mangsa dikatakan sempat memuat naik status makanan di WhatsApp sekitar jam 11 malam sebelum mayatnya ditemui dengan 61 tikaman jam 12.30 tengah malam itu,” kata sumber.

Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan dan difahamkan suspek kedua baru mengenali mangsa.

Sumber turut memaklumkan kedua-dua kenderaan yang dinaiki mangsa iaitu Honda City dan Perodua Bezza telah dirampas bagi tujuan siasatan.

Selain itu, dua warga emas iaitu pasangan suami isteri yang ditahan dipercayai ibu bapa kepada salah seorang suspek yang tinggal di Ketereh.

Dua Remaja Direman 7 Hari, Pasangan Warga Emas Direman 3 Hari

Terdahulu, dua remaja lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut direman selama tujuh hari.

Dalam perkembangan sama, dua lagi suspek iaitu wanita berusia 60 tahun dan lelaki berusia 66 tahun direman selama tiga hari.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata mangsa ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri, namun identitinya dikenal pasti melalui semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau turut memaklumkan mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi penemuan.

BERKAITAN:
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak


Hasil bedah siasat pula mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Cikgu Borong 100kg Durian Musang King Di Gua Musang, Muat Dalam Volkswagen Beetle
|
Musim durian kali ini bukan sahaja membawa lambakan buah,…
Lelaki Ditahan Bersama 1,070 Pil Yaba Bernilai RM10,700 Dalam Axia
|
Tindakan seorang lelaki menyimpan lebih 1,070 pil yaba bernilai…
Juruwang Songlap Pin Touch ‘n Go Pasar Raya Lebih RM500,000 Sejak 2022
|
Tindakan seorang bekas juruwang pasar raya menyalahgunakan mesin terminal…
Imam Kelantan Kini Miliki Sijil Kemahiran Malaysia Dalam Pengurusan Masjid
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Penjaring Gol Terpantas Piala Dunia Kini Jadi Pelarian Di Amerika Syarikat
|
Nama Hakan Sukur pernah disanjung sebagai antara pemain bola…
Cubaan Lari Gagal, Lelaki Thailand Ditahan Bersama 9 PATI Di Tumpat
|
Cubaan seorang lelaki warga Thailand meloloskan diri daripada pemeriksaan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!