Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh

Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat, Ketereh, Kota Bharu, tengah malam tadi terus mencetuskan tanda tanya apabila saksi mendakwa melihat banyak kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa.

Saksi kejadian, Ahmad Fakrul Nizam Berahim, 46, berkata dia pada awalnya menyangka wanita itu mangsa kemalangan kerana ditemui terbaring di tengah jalan, namun situasi berubah selepas dia melihat keadaan mangsa dengan lebih dekat.

“Saya sangkakan mangsa kemalangan namun tiada sebarang kenderaan berhampiran. Sebaik mendekati, saya dapati banyak kecederaan di muka dan leher mangsa,” katanya.

Menurut Ahmad Fakrul, dia menerima panggilan daripada seorang rakan kira-kira jam 12.30 tengah malam yang memaklumkan terdapat seseorang berada di tengah jalan dan disangka sedang tidur.

Ketika itu, beliau berada di kedai makan miliknya sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang tidak jauh dari premis tersebut.

Tudung Tercabut, Mangsa Terbaring Mengiring

Ahmad Fakrul berkata, wanita itu ditemukan dalam keadaan terbaring mengiring dan berpakaian lengkap, namun tudungnya sudah tercabut.

“Wanita itu berpakaian lengkap namun tudungnya sudah tercabut. Ada beberapa kecederaan di tubuh termasuk leher, muka dan pinggang kiri wanita terbabit.

“Pada mulanya, kami sangkakan dia terbabit kemalangan. Namun, selepas melihat kecederaan terbabit, kami rasa ia mungkin ada kaitan dengan jenayah,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau turut memaklumkan mangsa dipercayai bukan penduduk sekitar kerana tiada sesiapa yang mengenalinya.

Katanya, lokasi kejadian pula berada dalam keadaan gelap dan tiada lampu jalan.

Polis Siasat Ikut Seksyen 302

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

JIPS Siasat Anggota Polis Muat Naik Video Tular Didakwa Hina Penduduk China
|
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan…
32 Tahun Beroperasi, Kedai Keropok Musnah Dijilat Api, Kerugian Cecah RM500,000
|
Sebuah premis perniagaan keropok warisan keluarga yang sudah beroperasi…
Cikgu Borong 100kg Durian Musang King Di Gua Musang, Muat Dalam Volkswagen Beetle
|
Musim durian kali ini bukan sahaja membawa lambakan buah,…
Lelaki Ditahan Bersama 1,070 Pil Yaba Bernilai RM10,700 Dalam Axia
|
Tindakan seorang lelaki menyimpan lebih 1,070 pil yaba bernilai…
Juruwang Songlap Pin Touch ‘n Go Pasar Raya Lebih RM500,000 Sejak 2022
|
Tindakan seorang bekas juruwang pasar raya menyalahgunakan mesin terminal…
Imam Kelantan Kini Miliki Sijil Kemahiran Malaysia Dalam Pengurusan Masjid
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!