RM850,000 Untuk Naik Taraf Dataran Guillemard Tanah Merah

Usaha menjadikan kawasan Jambatan Kereta Api Guillemard di Tanah Merah sebagai tarikan pelancongan baharu semakin rancak apabila kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan keseluruhan RM850,000 bagi menaik taraf kemudahan di lokasi berkenaan.

Peruntukan itu membabitkan RM350,000 daripada Kerajaan Negeri Kelantan serta sumbangan RM500,000 daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), yang dilihat sebagai langkah strategik dalam merancakkan pembangunan pelancongan luar bandar di daerah tersebut.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Gual Ipoh, YB Bahari Mohamad Nor memaklumkan, dana RM350,000 itu akan digunakan bagi pembinaan galeri, perpustakaan dan surau di kawasan Dataran Guillemard.

Menurutnya, pembinaan kemudahan tersebut bukan sahaja dapat meningkatkan keselesaan pengunjung, malah berpotensi memperkukuh elemen pelancongan berasaskan ilmu dan warisan di kawasan berkenaan.

Esplanade akan disambung

Dalam pada itu, Bahari turut memaklumkan MOTAC meluluskan peruntukan RM500,000 bagi projek penyambungan esplanade yang dijangka menambah nilai tarikan rekreasi dan landskap di Dataran Guillemard.

“Saya berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri kerana telah meluluskan pembinaan galeri, perpustakaan dan surau yang bernilai RM350,000. Pada masa sama, penghargaan juga kepada pihak MOTAC yang telah meluluskan penyambungan esplanade di kawasan ini bernilai RM500,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam Persidangan Kali Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Kelima Belas Tahun 2026 pada Rabu lalu.

Harap pelaksanaan disegerakan

Bahari menyifatkan inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam memperkasa pembangunan pelancongan luar bandar sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi setempat yang mampan.

Beliau turut memohon agar pelaksanaan projek yang telah diluluskan itu dapat disegerakan supaya manfaatnya dapat dinikmati rakyat dan pengunjung dalam tempoh terdekat.

“Cuma saya memohon agar kelulusan ini disegerakan untuk pelaksanaannya,” tambahnya.


Sumber: inforakyat.kelantan.my

SHARE:

TERKINI

Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
[VIDEO] Risau Keselamatan Pelajar, Individu Sukarela ‘Trim’ Pokok Halang Laluan Pejalan Kaki
|
Tindakan seorang individu yang secara sukarela membersihkan laluan pejalan…
Pemandu Sambilan Didakwa Edar Dadah Sintetik Hampir 570kg
|
Seorang pemandu sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh…
Jawatan Kosong Kelantan