Kompleks Maritim Tok Bali Bernilai RM250 Juta, Bakal Jadi Jeti Terbesar Di Pantai Timur

Projek pembinaan kompleks Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan di Tok Bali kini berada dalam proses akhir penilaian sebelum tender dibuka.

Projek bernilai RM250 juta itu dijangka mula dibina Januari tahun ini dan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Pengarah Maritim Kelantan, Erwan Shah Soahdi, berkata kompleks ibu pejabat baharu itu akan merangkumi tiga komponen utama, iaitu bangunan pejabat, jeti dan kuarters.

Menurutnya, proses pembinaan bagi ketiga-tiga komponen tersebut akan bermula tahun ini secara berperingkat.

“Kompleks ini akan dibina di lokasi yang lebih strategik iaitu di muara pantai Tok Bali, melibatkan kawasan seluas 14 hektar.

Jeti yang akan dibina sepanjang 200 meter dan berkemungkinan menjadi jeti terbesar di Pantai Timur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Sahabat Maritim bagi pembelian kelengkapan sekolah kepada 50 murid dari Sekolah Kebangsaan Tok Bali dan Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku, di sini.

Erwan Shah menjelaskan, pembinaan kompleks baharu itu bakal meningkatkan aset serta keupayaan operasi Maritim Malaysia di Tok Bali, selain menyediakan persekitaran kerja yang lebih selesa dan selamat.

“Ruang pejabat yang baharu ini akan lebih kondusif dan selamat memandangkan ketika ini kami masih beroperasi di premis sewaan yang tidak diwartakan sebagai kawasan larangan,” katanya.



Menurut beliau, projek pembinaan kompleks Ibu Pejabat Maritim Malaysia Kelantan itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029.

Sumber: Harian Metro

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!