Polis Kelantan Siasat Video Tular Perlekeh Tugas Anggota Ketika Sekatan Jalan Raya

Polis Kelantan menegaskan tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang cuba memperlekehkan tugas pasukan keselamatan atau menyebarkan kandungan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Ketegasan itu dinyatakan dalam satu siaran media Ketua Polis Kelantan, CP Datuk Mohd Yusoff bin Mamat yang dikeluarkan pada 26 April 2026.

Video tular undang persepsi negatif

Menurut siaran itu, pihak polis menerima satu laporan polis kira-kira jam 10 pagi berhubung satu rakaman video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mengeluarkan kenyataan berunsur memperlekeh dan memperbodohkan anggota polis semasa menjalankan penugasan sekatan jalan raya.

Siasatan awal mendapati individu terbabit turut mendakwa bahawa beliau berjaya melepasi beberapa sekatan jalan raya dengan cara memperdayakan anggota bertugas.

Polis memaklumkan kenyataan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab, bersifat provokatif dan boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat selain menjejaskan imej, reputasi dan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kertas siasatan dibuka

Sehubungan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah beberapa peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955

Polis beri peringatan kepada pengguna media sosial

Dalam kenyataan sama, orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial serta tidak menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran awam.

Polis turut memaklumkan bahawa sebarang maklumat berkaitan kes itu boleh disalurkan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan lanjut.

Screenshot
Screenshot


SHARE:

TERKINI

‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
[VIDEO] Risau Keselamatan Pelajar, Individu Sukarela ‘Trim’ Pokok Halang Laluan Pejalan Kaki
|
Tindakan seorang individu yang secara sukarela membersihkan laluan pejalan…
Pemandu Sambilan Didakwa Edar Dadah Sintetik Hampir 570kg
|
Seorang pemandu sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh…
Rumah Macam Zoo, Usahawan Turut Pelihara 6 Ekor Buaya Di Rumah
|
Seorang usahawan ternakan di Sungai Sikamat, Kajang, mendakwa sering…
Jual Lokcing Sambil Seludup Petrol, Terima Upah RM10 – RM15 Satu ‘Trip’
|
Seorang penjual lokcing warga Thailand dipercayai menjadikan aktiviti menyeludup…
Pakar Bahasa Tegas “Keno Bbodo” Bermaksud Diperbodohkan, Ada Unsur Penghinaan
|
Isu penggunaan istilah “keno bbodo” yang tular susulan konvoi…
Jawatan Kosong Kelantan