MB Kelantan Ketuai Konvoi ‘Subuh Srupo Jumaat’ Ke Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra

Menteri Besar Kelantan, Dato' Panglima Perang Mohd Nassuruddin bin Daud mengetuai perjalanan konvoi “Subuh Srupo Jumaat” menuju ke Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, pagi tadi.

Konvoi berkenaan menghimpunkan komuniti permotoran yang datang dari pelbagai arah sebelum bersama-sama menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

Menurut perkongsian Menteri Besar Kelantan di media sosial, perjalanan sebelum fajar itu bukan sahaja menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah, malah membawa para peserta bersama-sama menuju kepada kebaikan.

“Dari pelbagai arah kita berkumpul, dua roda menyusun saf di jalanan. Moga akhirnya hati pula disatukan dalam satu saf menghadap Tuhan.

“Ada sesuatu yang indah pada sebuah perjalanan sebelum fajar enjin dihidupkan, ukhuwah dieratkan, Subuh ditunaikan.

“Moga setiap putaran roda menjadi langkah menuju kebaikan, setiap perjalanan dipelihara keselamatannya dan setiap pertemuan diberkati Allah SWT,” tulisnya.

Majlis Subuh Srupo Jumaat itu dianjurkan RXZ Forever Legend dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan serta agensi-agensi kerajaan.

Majlis berkenaan turut disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan.\

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!