Suspek Kes Bunuh Di Kampung Pulai, Gua Musang Direman 7 Hari

Kes pembunuhan membabitkan warga Thailand di Kampung Pulai, Gua Musang kini memasuki fasa siasatan lebih terperinci apabila seorang lelaki turut warga negara sama direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 47 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, perintah reman itu berkuat kuasa hingga Sabtu ini.

Semalam media melaporkan penemuan mayat seorang lelaki warga Thailand yang ditemukan dengan kesan tetakan dan luka di beberapa bahagian badan di anak sungai berhampiran kebun getah di Kampung Pulai pada Khamis lalu.

Mangsa dikenali sebagai Manah Maemoh, 48, ditemui dalam keadaan tenggelam dan tersangkut pada batu serta kayu oleh seorang rakannya.

Pemeriksaan awal pada tubuh mangsa mendapati terdapat pelbagai kesan tetakan dan luka dipercayai akibat senjata tajam di bahagian kepala, muka, leher, tangan dan kaki.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.



Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan