Insiden Tembakan Berlaku Ketika Trump Hadiri Majlis Makan Malam Di Washington

Suasana majlis makan malam koresponden White House bertukar panik apabila satu insiden tembakan dilaporkan berlaku ketika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menghadiri acara tersebut di sebuah hotel.

Menurut laporan AFP, beberapa bunyi letupan kuat kedengaran sebelum tetamu yang hadir bertempiaran dan berlindung di bawah meja.Tidak lama selepas itu, pasukan taktikal bersenjata dikerahkan ke pentas utama yang menempatkan Trump sebelum beliau segera dibawa keluar dari lokasi bagi tujuan keselamatan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika majlis sedang berlangsung dan sebelum Trump dijadualkan menyampaikan ucapan.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa dilaporkan mengepung Washington Hilton Hotel, manakala helikopter keselamatan turut berlegar di ruang udara bagi memantau keadaan.

Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat memaklumkan bahawa suspek telah ditahan, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Setakat ini, motif kejadian belum didedahkan.


Sumber: Buletin TV3

SHARE:

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan