Iran Bawa Potret Dan Beg Sekolah 165 Murid Terbunuh Terbang Ke Pakistan

Tular di media sosial satu hantaran memaparkan ketua delegasi Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, membawa potret bersama sebuah beg sekolah berlumuran darah milik mangsa serangan ganas di sebuah sekolah di Minab sebagai “penumpang simbolik” dalam penerbangan ke Pakistan, awal pagi Sabtu.

Imej menyentuh hati itu turut disertakan kapsyen ringkas berbunyi “teman perjalanan saya”, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Hantaran tersebut merujuk kepada serangan dahsyat yang dipersalahkan Tehran terhadap Amerika Syarikat (AS), berdasarkan beberapa bukti jelas yang didakwa menunjukkan penglibatan pihak lawan itu.

Serangan pengeboman berkenaan dilaporkan meragut sekurang-kurangnya 165 nyawa kanak-kanak selain mencederakan puluhan yang lain, sekali gus mengundang kecaman komuniti antarabangsa.

Ghalibaf dipercayai membawa “mesej” simbolik itu ketika kedua-dua pihak bersiap sedia menghadapi rundingan genting di Islamabad.

Sesi dialog itu juga menandakan penglibatan langsung peringkat tertinggi pertama antara Washington dan Tehran sejak gencatan senjata rapuh diumumkan pada Rabu lalu.

Delegasi Iran diketuai oleh Ghalibaf bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, manakala AS diwakili oleh Naib Presiden, J D Vance, bersama Wakil Khas, Steve Witkoff, dan Jared Kushner yang mewakili Rumah Putih dalam rundingan tersebut.

Perbincangan kali ini, yang berlangsung dalam tempoh kurang setahun selepas perang selama 12 hari pada Jun 2025, dijangka memberi tumpuan kepada program nuklear Iran, usaha menamatkan sekatan di Selat Hormuz serta rangka kerja bagi menamatkan perang secara kekal demi menstabilkan semula keadaan di Asia Barat dan dunia.

SHARE:

TERKINI

‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Dua Anggota Tentera Maut Dipercayai Terkena Letupan Bom Semasa Latihan
|
Dua anggota tentera dilaporkan maut dipercayai terkena letupan bom…
Terkejut Nampak PGA, Lelaki Lari Tinggal Kereta Penuh Rokok Seludup Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup membawa masuk rokok putih seludup dipercayai…
8 Maut Selepas Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Dan Terbakar Sejurus Berlepas
|
Lapan individu dilaporkan maut selepas sebuah pesawat pengebom B-52…
KPDN Sahkan Tiada Unsur Penipuan Dalam Iklan ‘Durian Percuma’ Tular Di Kota Bharu
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!