Polis Minta Bantuan Kesan Remaja 17 Tahun Yang Hilang Di Tanah Merah

Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di Tanah Merah, Kelantan.

Berdasarkan kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, laporan kehilangan dibuat pada 6 Oktober 2026 kira-kira jam 5.07 petang sebelum hebahan rasmi dikeluarkan pada hari sama.

Remaja berkenaan mempunyai ketinggian kira-kira 157 sentimeter dengan berat 49 kilogram.

Dia juga mempunyai ciri fizikal berambut kerinting dan berkulit sawo matang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan remaja terbabit diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 010-567 0798.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada IPD Tanah Merah di talian 09-955 8429 atau 09-955 6222.

Selain itu, orang ramai boleh menghubungi Hotline IPK Kelantan di talian 09-745 5622.

Sebarang maklumat berkaitan keberadaan remaja berkenaan amat membantu usaha polis untuk mengesannya.

Nur Aleeya Natasha hilang

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!