Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Kereta Ketika Pakai Kasut Depan Surau Sekolah

Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota Bharu bertukar tragedi apabila seorang pelajar Tingkatan Satu maut manakala rakannya cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, kedua-dua mangsa dipercayai berada di hadapan surau sekolah untuk memakai kasut sebelum tiba-tiba dirempuh kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 2.15 petang.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati sebuah kereta yang dipandu wanita dalam kawasan sekolah dipercayai tertekan pedal minyak sebelum hilang kawalan.

“Kereta tersebut kemudian terbabas ke hadapan dan melanggar dua pelajar yang berada di hadapan surau sekolah berkenaan sebelum turut merempuh tiang batu surau,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Akibat pelanggaran itu, seorang pelajar dikenali sebagai Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (Hospital Pakar USM), Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, seorang lagi pelajar dilaporkan mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kini sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Menurut Mohd Azmir, pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Bharu atau menghubungi talian 09-7752315.

BERKAITAN: Guru Disyaki Rempuh Dua Pelajar Depan Surau Sekolah Di Kota Bharu Dibawa Ke Mahkamah


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Makmal Bertaraf Global Dibuka, Kelantan Sasar Jadi Hab Industri REE Lengkap
|
Kelantan menyasarkan pembangunan rantaian industri unsur nadir bumi bukan…
Lelaki Dicekup Selepas Diekori 30KM, 1.2 Tan Minyak Masak Subsidi Dirampas
|
Taktik seorang lelaki membawa hampir 1.2 tan minyak masak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!