Pengurus sebuah stesen minyak di Tumpat, Kelantan mengakui berlaku kecuaian di pihaknya berhubung kes kuota Budi Madani RON95 (Budi95) seorang pengguna yang lesap selepas nombor kad pengenalan (MyKad) digunakan individu tidak bertanggungjawab.
Pengurus stesen minyak berkenaan, Mohamed Rusdi Md Nasir, 36, berkata sistem penggunaan Budi95 memberi kelonggaran untuk nombor MyKad pengguna diisi secara manual, khususnya dalam situasi kecemasan seperti cip MyKad tidak dapat dibaca.
Menurut beliau, ketika kejadian, seorang individu tidak dikenali mahu mengisi petrol namun mendakwa MyKad miliknya tertinggal.
“Jadi dia beri nombor MyKad dan mahu membuat pembelian tangki penuh.
“Kami akui berlaku kesilapan kerana membenarkan pembeliannya tanpa menunjukkan MyKad fizikal.
“Kami juga tidak alert (peka) jumlah pembeliannya sebab ramai pelanggan ketika itu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Terdahulu, beberapa pengguna di media sosial mendakwa kuota Budi95 lesap digunakan pihak lain tanpa kebenaran.
BERKAITAN:
Individu Terkejut BUDI95 Hilang “Dicuri” Di Caltex Tumpat
Lagi Isu Kuota BUDI95 ‘Lesap’ Diguna Pihak Lain Di Tumpat
Sumber: Malaysiakini
SHARE:
