Remaja Maut Kereta Terjunam Cerun Di Jalan Jelawang-Gua Musang

Seorang remaja lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke cerun sebelum melanggar pokok di Jalan Jelawang–Gua Musang berhampiran Lata Kertas, petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima makluman kejadian sekitar jam 5 petang.

Menurutnya, kemalangan berlaku kira-kira jam 3.55 petang ketika mangsa berusia 19 tahun bersama dua rakannya berusia 20 dan 18 tahun dalam perjalanan dari Gua Musang menuju ke Jeli.

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terjunam ke cerun lalu melanggar sebatang pokok,” katanya.

Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan dengan bantuan bomba namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua lagi penumpang dilaporkan mengalami kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Facebook Dan Messenger Alami Gangguan, Pengguna Di Seluruh Dunia Terjejas
|
Platform media sosial Facebook dan aplikasi Messenger dilaporkan mengalami…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!