Empat individu berjaya menyelamatkan diri selepas sebuah helikopter meletup sebelum terbakar ketika hendak berlepas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada tengah hari Sabtu.
Menurut laporan Free Malaysia Today, kejadian berlaku ketika helikopter berkenaan hendak berlepas bagi menjalani pengujian enjin selepas selesai kerja pembaikan.
Foto: JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengah hari berhubung kejadian di Karbon MRO, lapangan terbang tersebut.
Sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong bersama sebuah jentera tiba di lokasi empat minit kemudian.
“Helikopter itu terbakar sepenuhnya ketika pasukan bomba tiba.
“Empat mangsa berjaya menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku,” menurut kenyataan Bomba Selangor.
Operasi pemadaman turut dibantu oleh pasukan bomba Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.
Status kecederaan empat individu berkenaan tidak dinyatakan dalam laporan.
Foto: JBPM
Sumber: Free Malaysia Today
