Trump Salahkan Israel Dalam Serangan Loji Gas Iran, Dakwa AS Tidak Terlibat

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyalahkan Israel susulan serangan ke atas loji gas South Pars di Iran.

Kenyataan itu dibuat lewat Rabu ketika operasi ketenteraan yang dikenali sebagai Epic Fury memasuki minggu ketiga.

Trump mendakwa AS dan Qatar tidak mempunyai sebarang kaitan dengan serangan tersebut.

“AS dan Qatar tiada kaitan dengan serangan itu. Kami tidak tahu-menahu langsung,” katanya menerusi platform Truth Social.

Beliau turut memberi bayangan bahawa Israel tidak akan menyerang kemudahan penting di South Pars kecuali jika Tehran melancarkan serangan balas terhadap Doha.

Namun, laporan media termasuk Wall Street Journal dan Axios mendakwa Trump sebenarnya sudah mengetahui pelan serangan tersebut dan menyokong operasi berkenaan.

Difahamkan, medan gas South Pars merupakan deposit gas asli terbesar di dunia yang dikongsi antara Iran dan Qatar.

Dalam masa sama, laporan risikan AS menyatakan Iran tidak membina semula kapasiti pengayaan uranium seperti didakwa sebelum ini.

Perkara itu dilihat bercanggah dengan alasan utama yang digunakan Washington untuk melancarkan serangan bersama Tel Aviv tahun lalu.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan