Satu video memaparkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memesan minuman kopi di sebuah kedai didakwa sebagai kandungan yang dijana kecerdasan buatan (AI).
Chatbot AI generatif, Grok mengesahkan perkara itu selepas menerima pertanyaan pengguna mengenai kesahihan video berkenaan yang tular di media sosial.
Spekulasi Status Netanyahu Jadi Perhatian
Video tersebut menjadi perhatian ketika timbul spekulasi mengenai status Benjamin Netanyahu yang menjadi perbualan ramai.
Sebelum ini, satu lagi video yang memaparkan beliau didakwa mempunyai enam jari turut mencetuskan tanda tanya mengenai ketulenan rakaman berkenaan.
Dalam video terbaru itu, Netanyahu dilihat menyindir khabar angin mengenai kematiannya yang tular di media sosial.
Berseloroh Tentang Khabar Angin
Apabila dimaklumkan terdapat laporan media menyatakan beliau meninggal dunia, Benjamin Netanyahu secara berseloroh berkata beliau hanya “mati” untuk kopi.
Dalam rakaman sama, beliau juga mengangkat kedua-dua tangannya seolah-olah menunjukkan jumlah jari bagi menepis dakwaan bahawa video terdahulu telah disunting.
Grok Dakwa Video Deepfake
Bagaimanapun, video tersebut terus mencetuskan perdebatan selepas Grok mendakwa rakaman berkenaan adalah hasil manipulasi teknologi AI.
Menurut chatbot itu, situasi yang memaparkan Netanyahu berbual mengenai operasi berkaitan Iran dan Lubnan di sebuah kafe awam dianggap tidak pernah dilaporkan berlaku sebelum ini.
Pejabat PM Israel Nafi Khabar Angin
Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri Israel menafikan spekulasi mengenai kematian Benjamin Netanyahu dan menyifatkannya sebagai berita palsu.
Menurut laporan Anadolu Agency, pejabat berkenaan memaklumkan bahawa Netanyahu berada dalam keadaan baik.
Pada masa sama, sebuah kafe dikenali sebagai The Sataf turut memuat naik beberapa foto di Instagram yang menunjukkan beliau menikmati kopi di premis tersebut.
Sumber: Berita Harian
SHARE:
