Bapa Cari Hampir Dua Jam Kaki Anak Terputus Dalam Nahas Di Kuala Krai

Dalam suasana malam yang masih gelap, seorang bapa sanggup menghabiskan hampir dua jam mencari kaki kanan anaknya yang terputus selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Bechah Salak, Jalan Batu Balai–Chuchoh Puteri.

BERKAITAN: Remaja 19 Tahun Putus Kaki Dalam Nahas Di Jalan Batu Balai–Chuchoh Puteri


Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Sabtu itu, pelatih dan pemain ragbi Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Sayyid Iskandar Mohamad Azaha, 20, yang juga pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional Kuala Krai, mengalami putus kaki kanan selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta.

Adiknya, Nurul Asyiqin, 18, berkata sebaik dimaklumkan mengenai kejadian oleh anak jiran, ibu bapa mereka bergegas ke lokasi dari rumah di Bukit Acheh, Kampung Tengah.

Menurutnya, bapanya, Mohamad Azaha Ismail, 53, mengambil masa hampir dua jam untuk mencari kaki kanan abangnya yang terputus di lokasi kejadian.

“Walaupun ia berjaya ditemukan, namun sukar untuk disambung kembali kerana kaki abang terputus bermula dari bahagian pinggul ke bawah.

“Lebih menyedihkan lagi, ayah sanggup menguruskan kaki abang dengan mencuci serta menanamnya walaupun dia takut darah. Sehingga sekarang ibu dan ayah masih mendiamkan diri dan bersedih kerana abang adalah anak lelaki sulung dan harapan keluarga,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Tambahnya, ibu mereka, Nik Zurinawati Yusuf, 46, yang merupakan jururawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), turut menguruskan mangsa setibanya di lokasi kejadian.

“Ibu memaklumkan kepada kami, walaupun dia sudah biasa dengan situasi kecemasan, namun disebabkan ia melibatkan anak sendiri, ibu mengalami trauma,” katanya.

Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan segera berikutan pendarahan teruk, manakala kaki kanan yang terputus ketika itu belum ditemui kerana keadaan terlalu gelap dan dikatakan tercampak jauh.

Mangsa kemudian dimasukkan ke bilik bedah sekitar jam 11 malam hingga 5 pagi sebelum ditidurkan bagi meneruskan rawatan lanjut.

Sebelum kejadian, katanya, abangnya sempat memujuk ibu untuk membenarkannya menyertai Cabaran ‘Moreh’ Tujuh Sebelah yang akan diadakan pada Jumaat dan Sabtu ini, namun tidak diizinkan kerana berlangsung dalam bulan Ramadan.

“Sejam sebelum kejadian, abang sempat memujuk ibu kerana dia teringin sangat menyertai cabaran tersebut. Selepas berborak dengan ibu, dia sempat bermain dengan adik bongsu kami sebelum keluar moreh bersama rakan-rakan.

“Pada hari kejadian kebetulan Sayyid Iskandar tidak ke masjid menunaikan tarawih seperti malam-malam sebelumnya. Kami dimaklumkan kereta terbabit dikatakan memotong ketika menaiki bukit manakala abang dan tiga lagi rakannya menunggang motosikal.


“Abang berada paling belakang dan ketika kereta itu memotong, motosikalnya sedang menaiki bukit. Disebabkan itu dia dipercayai tidak nampak kemunculan kereta tersebut hingga berlaku pertembungan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!