[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor

Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu berkongsi pengalaman yang tidak disangka apabila datang melihat rumah yang disewakannya dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Menurut perkongsian Dak Afiq DakAfiq, penyewa memaklumkan sudah tidak mampu meneruskan sewaan dan memberitahu kunci rumah ditinggalkan di tingkap berhampiran pintu hadapan.

Namun sebaik pintu dibuka, keadaan di dalam rumah didakwa sangat berbeza daripada apa yang diharapkan.

Video yang dikongsikan memaparkan rumah dipenuhi sampah, berselerak dan berada dalam keadaan menjijikkan.

Pemilik turut memuat naik salinan laporan polis yang dibuat. Dalam laporan itu, beliau mendakwa beberapa pintu bilik telah dirosakkan, lampu rumah tidak berfungsi dan penyewa tidak lagi dapat dihubungi selepas nombornya dipercayai disekat.

Beliau juga mendakwa terdapat tunggakan sewa berjumlah RM4,500 serta berharap perkara itu dapat diselesaikan melalui saluran yang sewajarnya.

@dakafiqcakkpuakk

PENYEWA DARI NERAKA LARI DARI HUTANG RUMAH HANCUR NI LAA MUKO ORANG PENYEWA RUMAH DARI NERAKA DI CARI LARIII ADA KAWAN DIA BAKAUP KONONNYA BUDAK NI X KIJO DOH SINIE SEDANGKAN TIK TOK BARU JER UP.. DIA KATE TIK TOK LAME .. KALU SUSAH SANGAT NI LAA JALAN NYA KITA KASI VIRAL LAA .. API N AIR PUN BERLAMBAK BIL X BAYAR … RUMAH ROSAK TERUK DENGAN PINTU 3 ROSAK .. RUMAH TAHIK KUCING MERATA .. BAU BUSUK .. DENGAN BILIK AIR BERSUMBAK OH CELAKA SUNGGUH MU NIE.. X PADE TUAN PENGOTOR N PERANGAI HUDOH MEME CELAKA MU NIE 🤬🤬..

♬ bunyi asal - Dak Afiq DakAfiq - Dak Afiq DakAfiq

Sumber: Dak Afiq Dak Afiq

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!