Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Maut Dirempuh Lori Dipandu Datuk Sendiri

Suasana tenang di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang, Gurun bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas dipercayai dilanggar lori yang dipandu datuknya sendiri.

Menurut laporan Kosmo!, kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi ketika lelaki berusia 61 tahun itu sedang mengundurkan lori di pekarangan rumah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, mangsa dipercayai berada di belakang lori tanpa disedari datuknya.

“Lelaki itu dikatakan mengundurkan lori berkenaan tanpa menyedari cucunya berada di belakang kenderaan lalu melanggar mangsa.

“Lori tersebut yang digunakan untuk membawa baja ketika kejadian tiada muatan,” katanya.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada beberapa anggota badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Adzli, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Kosmo!

TERKINI

Jalan Kuala Krai–Gua Musang Ditutup Sementara 28 Julai Bagi Kerja Letupan Batu
|
Pengguna Jalan Persekutuan FT08 yang merancang perjalanan antara Kuala…
Kereta Berisi Bom Meletup Di Balai Polis Narathiwat
|
Sebuah kereta yang dipasang bahan letupan menggegarkan kawasan Balai…
Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Maut Dirempuh Lori Dipandu Datuk Sendiri
|
Suasana tenang di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang,…
Projek Solar LSS5 Pasir Mas Mampu Bekalkan Elektrik Kepada 75,000 Rumah
|
Kelantan bakal melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan tenaga…
Lima Anggota Renjer Thailand Maut Dalam Serangan Hendap Di Narathiwat
|
Lima anggota Renjer Tentera Thailand terbunuh dalam satu serangan…
HRPZ II Bakal Terima Makmal Patologi Baharu Bernilai RM175 Juta
|
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!