Lelaki Thailand Dicekup Cuba Seludup Petrol Guna Tangki Ubah Suai Di ICQS Bukit Bunga

Cubaan seorang lelaki warga Thailand untuk menyeleweng minyak petrol menggunakan tangki kenderaan ubah suai berakhir apabila dia berjaya ditahan di laluan keluar Malaysia–Thailand di Kompleks ICQS Bukit Bunga, Tanah Merah.

Dalam operasi yang dijalankan sekitar jam 5.15 petang, sebuah kenderaan jenis Proton Waja bernombor pendaftaran tempatan yang dipandu lelaki terbabit telah dihentikan untuk pemeriksaan rutin.

Hasil pemeriksaan mendapati tangki kenderaan berkenaan telah diubah suai dan dilengkapi dengan saluran paip getah yang dipercayai digunakan untuk mengeluarkan minyak petrol secara tidak sah.

Pemeriksaan lanjut menemui sebanyak 234 liter petrol di dalam tangki ubah suai tersebut dengan nilai dianggarkan RM600.


Jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM3,600.

SHARE:

TERKINI

Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
Jawatan Kosong Kelantan