Anak Bachok Gigih Tanam Ubi Keledek, Jadi Buruh Demi Sambung Belajar Ke Australia

Tidak kisah berpanas terik dan keletihan, Mohammad Amir Ikhwan Talep, 20, sanggup bekerja sebagai buruh serta membantu ibunya mengusahakan tanaman ubi keledek demi mengumpul wang saku bagi melanjutkan pelajaran ke Australia.

Anak kedua daripada lima beradik itu memanfaatkan setiap masa terluang dengan bekerja, walaupun sibuk mengikuti pembelajaran dalam talian termasuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan IELTS (International English Language Testing System).

Usaha keras itu membuahkan hasil apabila dia lulus dengan cemerlang, sekali gus merealisasikan impiannya melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Matematik di Australian National University menerusi tajaan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut Mohammad Amir, keputusan ke luar negara bukan sesuatu yang mudah memandangkan keluarganya hidup dalam serba kekurangan.

“Kami hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Alhamdulillah, saya menerima tajaan sepenuhnya, tetapi tetap perlu menyediakan wang untuk urusan dokumen dan visa yang mencecah ribuan ringgit.

“Ayah saya, Talep Bujang, 48, hanya bekerja sebagai buruh, manakala ibu, Siti Hajar Abdullah, 45, mengusahakan tanaman ubi keledek dengan pendapatan yang tidak menentu.

“Masa yang ada saya gunakan untuk bekerja bersama ayah dan membantu ibu menanam ubi keledek. Walaupun hasilnya tidak seberapa, dapatlah saya membeli sedikit keperluan untuk dibawa ke Australia,” katanya ketika ditemui di Program Amal Yayasan Raja Shamri (YRS), di sini.

Nasib anak muda itu turut mendapat perhatian wakil Thirdforce di bawah seliaan YRS, Tuan Zaimah Raja Omar, yang tampil membantu dalam bentuk kewangan bagi penyediaan dokumen, selain menyumbangkan beberapa barangan keperluan termasuk beg bagasi.

Mohammad Amir berkata, peluang yang diberikan itu akan digunakan sebaik mungkin demi mengubah nasib keluarga yang kini hanya tinggal di rumah sewa yang juga bangunan terbiar di Kampung Teko, Ayer Merah, Bachok.

“Saya berusaha bersungguh-sungguh sepanjang berada di Kolej Matrikulasi Kelantan untuk merebut peluang ke luar negara dan mengejar cita-cita menjadi seorang pensyarah.

“Saya mahu buktikan anak orang kurang berkemampuan juga mampu berjaya. Kesusahan hidup menjadi pendorong utama untuk saya terus mengejar ilmu demi masa depan yang lebih baik,” katanya.



Dalam masa sama, dia turut berharap kesihatan ibunya yang menghidap penyakit asma dan batu karang sentiasa berada dalam keadaan baik sepanjang ketiadaannya di Malaysia, kerana perlu menguruskan tiga lagi adik yang masih bersekolah.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!