Ketegasan Banteras Jenayah, Kenali Dato’ Mohd Yusoff Mamat Yang Lebih 33 Tahun Dalam PDRM

Di sebalik pelbagai tangkapan tular dan kejayaan besar Polis Kontinjen Kelantan ditambah pula dengan ugutan dan ancaman diterima, satu nama kini menjadi perhatian dan meraih pujian ramai, YDH CP Dato' Haji Mohd Yusoff bin Mamat, Ketua Polis Kelantan yang terkenal dengan pendekatan tegas, pantas dan menyeluruh dalam membanteras jenayah.

Dato' Haji Mohd Yusoff yang dilahirkan pada 9 Julai 1968 merupakan anak jati Kota Bharu dan telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 33 tahun.

Ketua Polis Kontinjen Kelantan



Figura yang sinonim dengan Pasukan Polis Marin itu merupakan lepasan Sarjana Sains Kepolisan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau memiliki pengalaman luas dalam PDRM dan pernah memegang pelbagai jawatan penting antaranya Ketua Polis Daerah Klang Utara, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman, Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Bukit Aman, Ketua Staf Operasi National Task Force (NTF) Bukit Aman, dan akhirnya telah diberi mandat oleh pucuk pimpinan pasukan untuk menerajui Polis Kontinjen Kelantan sebagai Ketua Polis negeri yang ke-28 berkuat kuasa 31 Ogos 2024.

Ketua Polis Kelantan ke 28



Pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Kelantan menandakan permulaan era baharu dalam landskap keselamatan negeri. Sejak itu, beliau dilihat begitu serius dan agresif dalam menangani pelbagai bentuk jenayah, daripada kes dadah hinggalah kepada jenayah terancang dan sindiket antarabangsa.

Menerusi pelancaran Ops Taring Wawasan, satu gerakan besar-besaran digerakkan bagi memburu sindiket utama yang beroperasi secara senyap, termasuk melalui lorong-lorong tikus di sempadan.

Hasilnya bukan calang-calang. Beberapa siri tangkapan besar telah berjaya dilakukan seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini, termasuk penahanan lima suspek yang menjadikan kandang lembu sebagai pusat penyimpanan dadah dengan nilai rampasan melebihi RM5 juta.

Dalam operasi lain, polis turut merampas dadah bernilai lebih RM3.1 juta yang diseludup oleh pasangan suami isteri yang berselindung sebagai pemandu e-hailing dan penjual ayam segar.

Dato' Mohd Yusoff Mamat KP Kelantan



Selain itu, kes-kes penyeludupan bernilai jutaan ringgit, jenayah sosial dan pelbagai lagi tangkapan dan siasatan jenayah serta rasuah dalam kalangan anggota sendiri membuktikan keberkesanan pimpinan beliau dalam mengubah landskap jenayah di negeri Kelantan.

Namun, di sebalik pelbagai tangkapan yang tular, masyarakat perlu sedar bahawa ia tidak bermakna Kelantan merupakan negeri dengan kadar jenayah tertinggi.

Tindakan tegas PDRM Kelantan sebenarnya mencerminkan keberkesanan sistem keselamatan yang sedang berfungsi, bukan kegagalan. Malah, berdasarkan statistik rasmi terkini, negeri-negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Johor masih mencatatkan jumlah kes jenayah lebih tinggi berbanding Kelantan dari segi populasi dan indeks jenayah.

Sementara itu, Kelantan mencatatkan penurunan lebih 11 peratus dalam kes jenayah pada 2025 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Dengan kecekapan yang ditunjukkan, Dato' Mohd Yusoff telah membina semula kepercayaan awam terhadap pasukan keselamatan dan memberikan isyarat jelas bahawa Kelantan kini berada di landasan yang betul.

Apa yang dilakukan beliau bukanlah untuk kepentingan imej semata-mata, tetapi demi memastikan rakyat hidup dalam suasana aman, undang-undang dihormati dan penjenayah tidak lagi merasa selesa untuk bermaharajalela.

Ketua Polis Kelantan bersama isteri



Dalam dunia yang semakin mencabar dan kompleks, kepimpinan seperti Dato' Mohd Yusoff bukan sahaja diperlukan, tetapi amat dihargai.

Faktor geografi Kelantan yang bersempadan dengan negara jiran tidak lagi menjadikan negeri ini sebagai tumpuan jenayah, sebaliknya menjadi igauan ngeri kepada mereka yang dihambat oleh keberanian dan kecekapan pasukan polis yang diketuai oleh anak watan sendiri — yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat dan bertindak demi mereka.

#KelantanDaily

TERKINI

Tragedi Tohoi: Hilang Dalam Hutan 47 Hari, Dua Murid Sekolah Berusia 10 Dan 11 Tahun Ditemui Selamat
|
Hampir 11 tahun berlalu, namun tragedi kehilangan tujuh murid…
Ibu Angkat Ditahan Kurung Kanak-Kanak 9 Tahun Dalam Stor Belakang Rumah
|
Nasib malang seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang…
Jangan Hukum Semua Pelarian Rohingya Kerana Kesalahan Segelintir Individu – ABIM
|
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan bahawa pendirian mereka…
Dilabel MP Rohingya, Ahli Parlimen Pasir Mas Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang
|
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari memaklumkan akan mengambil…
Anak 15 Tahun Terpaksa Cuci Kereta Demi Beli Beras Untuk Ibu Dan Empat Adik Di Pasir Mas
|
Kisah seorang remaja berusia 15 tahun yang terpaksa mencuci…
Lelaki Orang Asli Cedera Parah Ditimpa Pokok, Jalan Kaki 30 Minit Dalam Keadaan Berdarah
|
Seorang lelaki Orang Asli berdepan detik cemas apabila cedera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!