Empat Lelaki Tempatan Ditahan Berhubung Ugutan Terhadap Ketua Polis Kelantan

Polis menahan empat lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat.

Mohd Yusoff berkata, kesemua individu terbabit telah ditahan sejak beberapa hari lalu untuk diambil keterangan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Kita tidak menolak kemungkinan mereka diupah sindiket dadah mahupun along,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan Tahun 2026 di Kompleks Kota Darulnaim, pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan Mohd Yusoff menerima ugutan yang dipercayai berpunca daripada tindakan tegas pasukan pimpinan beliau dalam membanteras kegiatan jenayah di negeri ini.

BERKAITAN: Ketegasan Banteras Jenayah, Kenali Dato’ Mohd Yusoff Mamat Yang Lebih 33 Tahun Dalam PDRM

BERKAITAN: “Kurang Ajar” Polis Kelantan Tubuh Pasukan Khas Buru Individu Conteng Ugutan



Ugutan tersebut dikesan dalam bentuk contengan menggunakan dakwat merah pada dinding sebuah lapang sasar di Gunong Bachok, yang dipercayai berlaku pada 22 Disember lalu.

Polis kini meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar ugutan serta sebarang kaitan dengan rangkaian jenayah terancang.



Sumber: Bernama

TERKINI

Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Bangsal Tersembunyi Dalam Semak Di Pasir Mas Rupa-Rupanya Stor Dadah
|
Seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas Pasukan Gerakan Am…
55 Pelajar Tahfiz Bachok Tawan Tiga Puncak Gunung Stong Sambil Khatam Al-Quran
|
Seramai 55 pelajar Maahaad Tahfiz Sains Al-Muhammadi (MTSM) Nipah…
Mufti Kelantan Tegur Wanita Promosi Pakaian Dalam Dengan Memakai Sendiri
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegur tindakan segelintir…
Pasangan Kekasih Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM9.7 Juta Di Butterworth
|
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah…
JIPS Siasat Anggota Polis Muat Naik Video Tular Didakwa Hina Penduduk China
|
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!