“Kurang Ajar” Polis Kelantan Tubuh Pasukan Khas Buru Individu Conteng Ugutan

Polis menubuhkan satu pasukan khas (task force) bagi mengesan individu yang terlibat dalam perbuatan mengugut dengan mencoret dinding pagar Lapang Sasar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan di Gunong, Bachok, yang dipercayai berlaku pada 22 Disember lalu.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu bentuk cabaran terbuka terhadap pihak berkuasa, meskipun beliau tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh golongan muda.

Menurutnya, pihak polis sedang mengesan dalang di sebalik kejadian itu dengan mengumpul maklumat termasuk daripada penduduk setempat, selain memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Mereka yang berbuat demikian boleh disifatkan sebagai kurang ajar kerana sanggup mengugut pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas memerangi jenayah. Perbuatan ini seolah-olah mencabar kewibawaan pasukan keselamatan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Yusoff berkata, ini merupakan kali pertama ugutan sedemikian diterima secara terbuka dan bertulis, berbanding sebelum ini yang hanya diperoleh melalui maklumat risikan.

Menurut beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah.

“Saya percaya ugutan ini memang ditujukan kepada saya berikutan ketegasan polis dalam menjalankan operasi terhadap pelbagai kegiatan jenayah termasuk dadah, along dan jenayah terancang di negeri ini,” katanya.

BACA: “Saya Tidak Gentar, Tidak Rasa Takut” – Ketua Polis Kelantan



Beliau turut menegaskan bahawa sebarang ugutan tidak akan mematahkan semangat beliau serta anggota polis Kelantan dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan awam dan keharmonian masyarakat.

Semalam, tular di media sosial mengenai contengan berbaur ugutan menggunakan cat merah pada dinding pagar lapang sasar berkenaan.



Sumber: Bernama

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!