Wanita Orang Asli Di Pos Balar Teruja Dirai Dengan Kit Solekan Dan Belajar Tatarias Wajah

BAGAI pucuk dicita, ulam mendatang. Begitulah keterujaan jelas terpancar pada wajah lebih 40 wanita Orang Asli di Pos Balar apabila menerima kit alat solek lengkap, merangkumi penggaris mata, pembayang mata dan gincu bibir, baru-baru ini.

Lebih bermakna, mereka turut diberi pendedahan serta tunjuk ajar tatarias wajah yang betul hampir sejam — satu pengalaman baharu yang membuka lembaran kesedaran tentang kepentingan penampilan diri dalam kehidupan seharian.

Tinggal jauh di kawasan pedalaman bukan sahaja menyukarkan akses kepada barangan keperluan asas, malah memiliki peralatan solekan sendiri turut menjadi satu kekangan.

Walaupun sebahagian daripada mereka sudah terdedah dengan tutorial solekan menerusi media sosial seperti Facebook dan TikTok, jarak dan kos perjalanan menjadi penghalang utama untuk mempraktikkannya.

Menyedari keperluan tersebut, Pergerakan Puteri UMNO Gua Musang tampil mengambil inisiatif meredah laluan pedalaman demi menyantuni komuniti wanita Orang Asli, sekali gus memberi kesedaran berkaitan kebersihan dan kecantikan diri.

Naib Ketua Puteri UMNO Gua Musang, Nurulasyikin Tuan Mustapha, berkata program itu bukan sekadar mengagihkan peralatan solekan, malah memberi pendedahan secara langsung mengenai cara penggunaan setiap alatan dengan betul.

“Wanita Orang Asli bukan sahaja menerima kit tatarias wajah, tetapi kami sendiri melakukan tutorial serta penerangan ringkas tentang fungsi setiap peralatan yang diberikan.

“Program jelajah selama empat hari ini bukan hanya di Pos Balar, malah membabitkan Pos Hau, Pos Belatim dan Pos Bihai dengan anggaran lebih 200 penyertaan wanita Orang Asli,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak 500 set peralatan tatarias wajah seperti gincu, pembayang mata dan penggaris mata dibawa khusus untuk diagihkan sepanjang program tersebut.

“Inisiatif ini bukan sekadar memberi kegembiraan, tetapi bertujuan menyemai kesedaran mengenai kebersihan, kecantikan dan penampilan diri dalam kalangan wanita Orang Asli di pedalaman,” katanya lagi.

Bagi Adiati Jerie, 22, pengalaman menerima kit solekan dan belajar tatarias wajah merupakan sesuatu yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

“Ini kali pertama saya belajar solek menggunakan peralatan yang betul. Banyak perkara baharu yang saya pelajari hari ini, termasuk fungsi setiap alat solek.

“Walaupun kami tinggal di pedalaman, penampilan diri juga penting. Dahulu kami hanya menggunakan bahan semula jadi seperti batu atau tumbuhan, tetapi kini zaman sudah berubah,” katanya.

Sementara itu, Sarimah Anjang, 40, berkata meskipun sering menonton tutorial solekan di media sosial, ia sukar dipraktikkan kerana ketiadaan peralatan.

“Kebanyakan wanita Orang Asli di sini mungkin hanya ada gincu bibir, malah ada yang tidak memiliki sebarang alat solekan.

“Apabila dimaklumkan ada pihak sudi mengagihkan peralatan secara percuma, kami sangat gembira dan teruja,” katanya.



Sumber: Berita Harian

TERKINI

Pemangku Raja Kelantan Zahir Penghargaan Kepada PM, Puji Kerjasama Negeri Dan Persekutuan
|
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra menzahirkan setinggi-tinggi…
PGA Dedah Penyeludup Masih Berani Isi Petrol Berulang Kali
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) mendedahkan masih terdapat kenderaan digunakan…
Terima Upah RM70, Dua Lelaki Ditahan Bersama 13 Lembu Seludup Dari Thailand
|
Dua lelaki yang didakwa menerima upah RM70 untuk menghantar…
Rezeki Haji Sekeluarga, Isteri Simpan Hasil Toreh Getah Suami Jual Lembu Demi Ke Tanah Suci
|
Rezeki menunaikan haji tahun ini benar-benar menjadi kenangan paling…
Kutipan Zakat MAIK 2025 Cecah RM354.6 Juta, Tertinggi Dalam Sejarah Kelantan
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Abang Ipar Upah RM15 Satu “Trip” Seludup Petrol Ke Thailand
|
Taktik licik penyeludup yang membuat pembelian petrol secara berulang…
Jawatan Kosong Kelantan