Pelajar Tahfiz Hafaz 30 Juzuk al-Quran Tanpa Salah Dalam 18 Jam Terima Ijazah Sanad Aliah

Seorang pelajar tahfiz dari Kelantan mencatat pencapaian luar biasa apabila berjaya memperoleh syahadah hafazan 30 juzuk al-Quran tanpa sebarang kesalahan dalam tempoh 18 jam pada hujung tahun lalu.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud, berkata kejayaan itu diraikan menerusi Majlis Pengijzahan Sanad Aliah al-Quran kepada Ahmad Fikri Abdul Hisham dari Maahad Tarbiah Mardhiah, Panchor.

Majlis pengijzahan disempurnakan oleh Syeikh Hisham Abdul Bari Mohamed Rageh, tenaga pengajar antarabangsa Pusat Taranum Al-Quran Kelantan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK), sebelum penyerahan saguhati kecemerlangan berjumlah RM3,000, sijil, Sanad Aliah serta cenderahati.

Menurut Mohd Asri, kejayaan Ahmad Fikri wajar dijadikan inspirasi kepada anak muda khususnya pelajar aliran tahfiz atas ketekunan dan fokus tinggi terhadap hafazan al-Quran.



Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapa pelajar itu serta pihak sekolah atas peranan membudayakan pendidikan al-Quran sejak kecil.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Pengarah UPKN serta Ketua Pengelola Halaqat Negeri Kelantan.

SHARE:

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!