Inovasi Empat Pelajar SMKA Lati Raih Pengiktirafan Antarabangsa

Selama ini, pokok gelam yang banyak tumbuh di sekitar kampung khususnya di Lubok Jong, Pasir Mas, lebih dikenali kerana batangnya yang keras dan sesuai dijadikan pagar rumah.

Namun, siapa sangka daun yang selama ini dibiarkan begitu sahaja sebenarnya boleh menjadi bahan asas kepada dua produk inovasi yang membawa nama empat pelajar Kelantan ke pentas antarabangsa.

Lebih membanggakan, hasil usaha pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati itu berjaya membawa pulang empat anugerah dalam pertandingan Global Youth Sustainable Development Goal Innovation Camp dan International Olympiad Science and Technology Competition (IOSTC) yang berlangsung di Semarang, Indonesia.

Pertandingan berkenaan menghimpunkan peserta dari 15 negara termasuk Itali, Denmark, Hungary, Luxembourg, Turkmenistan, El Salvador, Mexico, Algeria, Nepal, China, Thailand, Indonesia dan Singapura.

3714210


Dua produk yang dihasilkan ialah AgriMist G, racun serangga perosak organik untuk tanaman, dan Gelamora Oil, minyak aromatik yang dibangunkan bagi membantu menghalau nyamuk Aedes.

Adlan Hanzalah Redza Ansar dan Muhammad Syafi Hasnan menghasilkan AgriMist G, manakala Wan Mohd Eiman Hadif Wan Mohd Azan serta Muhammad Qaesh A’bid Mohd Syafik Afendy membangunkan Gelamora Oil.

Idea AgriMist G tercetus apabila Adlan dan rakannya melihat daun pokok gelam tidak dimanfaatkan penduduk setempat.

“Jadi, kami terfikir untuk menggunakan daun itu bagi menghasilkan produk sendiri selepas mengetahui potensi kandungannya melalui pembacaan jurnal dan penyelidikan di internet,” katanya.

Hasilnya, mereka menghasilkan hidrosol daripada proses penyulingan daun gelam yang digunakan untuk menghalau serangga perosak tanaman seperti afid dan lalat putih.

AgriMist G kemudian meraih tiga anugerah iaitu Grand Prix Secondary Level, pingat emas kategori Environment dan The Best Poster.

Sementara itu, Gelamora Oil turut mencuri perhatian apabila kajian awal menunjukkan keberkesanan sebanyak 90 peratus dalam menghalau nyamuk Aedes.

“Cara guna minyak Gelamora, titis dua hingga tiga titis ke dalam alat pelembap udara dan wap aromatik yang terhasil akan membantu menghalau nyamuk.

“Kajian awal kami menunjukkan minyak yang diekstrak daripada daun gelam ini menunjukkan keberkesanan awal sebanyak 90 peratus dalam menghalau nyamuk Aedes,” ujar Wan Mohd Eiman Hadif.

Produk itu turut membawa pulang pingat emas kategori Health Science.

Kejayaan mereka bukan datang tanpa usaha. Kedua-dua projek dibangunkan menerusi penyelidikan bersama UniSZA, UMK dan Jabatan Pertanian Pasir Mas, selain mendapat bimbingan pensyarah serta kemudahan makmal universiti.

Guru pembimbing, Mardiana Syarita Mohd Razmin berkata, kejayaan itu menjadi pembakar semangat untuk pasukan berkenaan menghasilkan lebih banyak inovasi dan menyertai pertandingan IOSTC di Bali pada Julai tahun depan.

Lebih menarik, AgriMist G sudah didaftarkan di bawah hak cipta MyIPO, manakala Gelamora Oil pula masih dalam proses pendaftaran.

Kedua-dua produk kini sedang diteliti untuk dikembangkan ke peringkat pengkomersialan.

Daripada daun yang selama ini dibiarkan begitu sahaja, empat pelajar ini membuktikan bahawa idea, penyelidikan dan kreativiti mampu menghasilkan sesuatu yang membanggakan.

913241225_1151184944063684_1382371015014345770_n


Kejayaan itu turut diraikan dalam satu majlis di SMKA Lati yang dihadiri Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Siti Norina Muhamad.

Sumber: Sinar Harian

Minat Sejak Usia Lima Tahun, Lee Ming Xiang Gigih Martabatkan Seni Serunai
By KD | |
Minat mendalam terhadap alunan dan bunyian serunai sejak berusia lima…
Ujian Darjah 4 Bermula Tahun Ini, Ujian Tingkatan 3 Pada 2027
By KD | |
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengumumkan pelaksanaan ujian matriks pembelajaran melibatkan…
Pelajar SMK Dabong Naik Kereta Api Percuma Pada Hari Pertama Persekolahan
By KD | |
Sebahagian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong, Kuala Krai, memanfaatkan perkhidmatan…
Kes Zara Qairina buka mata,ibu bapa kini berani lapor kes buli di Kelantan
By KD | |
BACHOK – Kes tular membabitkan pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara…
Anak Kelantan Cipta Kebanggaan Di Mesir, Kuasai 10 Qiraat, Hafaz Dua Matan Agung Dalam Tempoh 9 Bulan
By KD | |
Bukan calang-calang pencapaian apabila seorang anak kelahiran Kuala Krai, Kelantan…
Kelantan catat 15 kes suami didera isteri, Selangor paling tinggi
By KD | |
Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan Kelantan merekodkan 15 kes…
Lepasan Tahfiz Dan UEC Kini Berpeluang Masuk IPTA
By KD | |
Calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian…
Usia Tidak Menjadi Penghalang Sabri Yunus Sambung Pengajian Sarjana di UPSI
By KD | |
Hasrat pelakon dan pengarah terkenal, Mohd Sabri Yunus untuk kembali…
Nurul Atiqah Husna Kini Bergelar Mahasiswa di USM, Kejar Impian Jadi Guru
By KD | |
Pengorbanan seorang nenek yang bersusah payah membesarkannya menjadi pembakar semangat…

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!