Kes Zara Qairina buka mata,ibu bapa kini berani lapor kes buli di Kelantan

BACHOK – Kes tular membabitkan pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Sabah menjadi titik tolak kesedaran di Kelantan apabila semakin ramai pelajar dan ibu bapa tampil membuat laporan polis berhubung insiden buli.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, dalam tempoh dua minggu lalu, pihaknya menerima lima laporan berkaitan kes buli di sekolah.

Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan tahap kesedaran semakin meningkat dalam kalangan pelajar dan ibu bapa berhubung tindakan wajar apabila berdepan isu berkenaan.

"Sebelum ini, orang ramai kurang faham, contohnya dalam kes buli siber, mereka tidak tahu tindakan apa yang perlu dilakukan. Namun, selepas kes Zara Qairina menjadi tular, semakin ramai berani tampil membuat laporan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup Kejohanan Kuda Lasak Peringkat Negeri Kelantan 2025 di Kubang Golok di sini pada Sabtu.

Mengulas kes buli enam pelajar Tingkatan Empat terhadap seorang pelajar Tingkatan Tiga di Pasir Mas baru-baru ini, Mohd Yusoff berkata, siasatan sudah selesai sepenuhnya dan kertas siasatan diserahkan kepada pendakwa raya.

Katanya, semua suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya.

Beliau turut menjelaskan setiap sekolah di Kelantan kini mempunyai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang membantu pihak sekolah serta pelajar dalam isu keselamatan dan jenayah.

"Malah, selepas pengisytiharan ‘Jihad Dadah’ dan peningkatan kes rogol bawah umur, semakin banyak sekolah memohon penempatan PPS.

"Di peringkat komuniti pula, kita menempatkan Pegawai Perhubungan Masjid (PPM) di masjid mukim bagi memperluas jalinan kerjasama dengan masyarakat,” katanya. –Bernama #KelantanDaily

TERKINI

Rezeki Haji Sekeluarga, Isteri Simpan Hasil Toreh Getah Suami Jual Lembu Demi Ke Tanah Suci
|
Rezeki menunaikan haji tahun ini benar-benar menjadi kenangan paling…
Kutipan Zakat MAIK 2025 Cecah RM354.6 Juta, Tertinggi Dalam Sejarah Kelantan
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Abang Ipar Upah RM15 Satu “Trip” Seludup Petrol Ke Thailand
|
Taktik licik penyeludup yang membuat pembelian petrol secara berulang…
Dua Remaja Perempuan Mengaku Jadi Pengintip Tekong Darat Seludup PATI
|
Dua remaja perempuan dipercayai berperanan sebagai pengintip kepada tekong…
1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan, PM Arah Bantuan Segera
|
Kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan…
Tujuh Lelaki Didakwa Pakai Pakaian Wanita Di Apartment Jalan Mahmood
|
Tujuh lelaki didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini…
Jawatan Kosong Kelantan