Kelantan catat 15 kes suami didera isteri, Selangor paling tinggi

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan Kelantan merekodkan 15 kes suami didera isteri sepanjang tempoh 2020 hingga Julai 2025, lapor Sinar Harian.

Angka itu menempatkan Kelantan antara negeri dengan jumlah kes rendah, namun trend nasional menunjukkan isu ini semakin membimbangkan.

Beberapa negeri lain turut menunjukkan angka yang rendah seperti Pahang (13 kes), Kelantan (15 kes), Negeri Sembilan dan Sabah (masing-masing 16 kes), serta Terengganu (17 kes).

Namun Selangor kekal paling tinggi apabila mencatatkan 128 kes sejak 2020.

Perlis muncul sebagai negeri paling ‘tenang’ dalam isu rumah tangga melibatkan penderaan suami apabila tidak merekodkan walau satu pun kes sejak 2020 hingga Julai 2025.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman menunjukkan angka sifar itu kekal lima tahun berturut-turut.

Kes suami menjadi mangsa penderaan isteri didalam negara meningkat ketara dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini dengan keseluruhan 453 kes direkodkan dari 2020 hingga Julai 2025.

Statistik menunjukkan 44 kes direkodkan pada 2020, meningkat kepada 74 kes pada 2021, kemudian melonjak kepada 100 kes pada 2022. Angka menurun kepada 71 kes pada 2023 sebelum kembali naik kepada 96 kes pada 2024.

Ketua Penolong Pengarah D11 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini sahaja, sudah 68 kes dicatatkan, jumlah yang hampir menyamai keseluruhan kes tahun lalu.

Katanya, trend ini jelas menunjukkan isu penderaan keatas suami semakin membimbangkan dan perlu dipandang serius.



KD: Bunyi macam kelakar kan suami didera isteri, tapi sebenarnya tak. Kes macam ni semakin meningkat dan membimbangkan, sebab itu isu ni kena diberi perhatian sama rata, tak kira siapa yang terlibat.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!